Khamis, 17 Disember 2009

hijrah 1431

Setiap kali munculnya tahun baru, kesayuan sering kali singgah. Gegak gempita guruh di langit terasa sendu sang alam melambai pergi tahun 1430. Hujan yang mencurah-curah sebaik sahaja doa akhir tahun dipanjatkan bagai air mata alam yang menangis atas pemergian 1430. Hujan yang mencurah-curah itu juga sebagai simbolik membersihkan segala 'kekotoran' tahun 1430 dan tahun yang baru ini tersedia dengan azam dan kehidupan yang lebih baik.

Muncul 1431 bermakna bertambah setahun lagi usia, bertambah dekat menuju ke penghujung nyawa, menyingkatkan masa untuk berjuang sebagai manusia, semakin singkat juga masa untuk menambah pahala.

Kelalaian-kelalaian lalu dikeluhi tanpa mampu ditarik kembali. Namun kekesalan yang singgah tidak pernah mahu menghuni hati. Seketika gelak ketawa kembali menceria dan taubat samar-samar antara kabur dan nyata.

Tuhanku, Ya Allah. Kupanjatkan setinggi kesyukuran atas keizinanMu untuk aku terus bernafas sebagai manusia Islam dalam tahun baru ini.
Tuhanku Ya Ghafur. Kupinta sejuta keampunan atas dosa-dosaku yang lalu agar aku menjadi hambaMu yang lebih baik tahun baru ini.
Tuhanku, Ya Rahman. Perkenankan dan terimalah segala kebaikan yang telah dan akan aku laksanakan sebagai hambaMu.
Tuhanku, Ya Hadi. Kupohon segala rahmat dan hidayahMu agar aku menjadi seorang aku yang terbaik sepanjang tahun baru ini.
Tuhanku, Ya Muqtadir. Kuharap engkau tentukan kehidupan yang lebih baik untukku pada masa kini dan akan datang.
Amin. Amin Ya Rabbil 'Alamin.

Sabtu, 5 Disember 2009

tunggu = sabar

"Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan." Surah Insyirah (5-6)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al Baqarah (216)

Dalam Facebook aku tulis;
Hikmah, bagai fajar setelah gelita malam... bagai pelangi setelah gerimis... bagai cahaya di hujung terowong yang gelap...

Aku jumpa di sebuah blog (setelah aku edit);

"Aku minta Tuhan setangkai bunga yang indah, diberinya kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu yang cantik, diberinya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus yang berduri tajam tadi berbunga indah sekali. Ulat yang berbulu tadi bertukar menjadi rama-rama yangg cantik. Begitulah aturan Tuhan. Indah pada waktu dan ketikanya"

(Sayangnya penulisannya membuatkan keinginan untuk membaca tidak berpanjangan kerana kependekan yang keterlaluan dan ada rasa yang merobek-robek hati. Rasa kecewa kerana bahasa Melayu yang indah dihancur-lumatkan sesuka hati.)

Ahad, 22 November 2009

ESQ 1

1
- = infiniti
0

1 - apabila kita serahkan segala-galanya kepada Allah yang SATU
0 - ketika kita tidak lagi mampu melakukan apa-apa, KOSONG
infiniti - hasilnya adalah infiniti, tidak terhingga hasil atau kuasa yang terbentuk...

seperti terbelahnya Laut Merah (INFINITI) kala Nabi Musa A.S meyerahkan dirinya kepada Allah yang SATU ketika baginda tidak mampu berbuat apa-apa (0) apabila terperangkap antara musuh yang mengejar dan Laut Merah.

Isnin, 16 November 2009

baca-baca, jumpa

Allah menjawab doa kita dalam tiga cara; Dia mengatakan YA, lalu memberikan apa yang kita kehendaki, Dia mengatakan TIDAK lalu memberikan sesuatu yang lebih baik, Dia mengatakan TUNGGU dan memberikan kita yang TERBAIK.

Khamis, 12 November 2009

Selamat Pengantin Baru

Untuk kawan-kawan yang bakal menamatkan zaman single cuti sekolah ni;

"Marriage has less beauty... but more safety than the single life. It's full of sorrows and full of joys. It lies under more burdens, but it is supported by all the strengths of love. And those burdens are delightful."
Force of nature (1999)

Ahad, 1 November 2009

victim

We all want to be loved, to be happy.
So why aren't we?

Because we've become experts at sabotaging our own happiness, feeling like victims, when, in fact, it's the choices we make.

The bad habits, the vices, the inability to show love and compassion. These are the things that tear us down.

We're not... victims.

We're assassins when it comes to love and happiness.

OTH S07E07

P/s : OTH season 7 lebih 18sx daripada season sebelumnya. Agaknya kena berhenti menonton.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Petanda

Kala Tuhan beri petanda, engkau menolak untuk mengakuinya. Engkau masih terus mengharap. Harapan dan impian engkau gantung setinggi langit.
Kala kenyataan itu di depan mata, engkau juga yang sengsara, harapan yang engkau gantung tinggi, jatuh menimpa bumi. Berkecai dan serpihan-serpihannya mencarik-carikkan hati engkau yang sekeping itu sekali lagi.

Masih bisakah lagi luka itu berhenti berdarah?

Ceh, swing gila.

Rabu, 21 Oktober 2009

Sister's day?

Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right. Love the people who don't just because you can. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance grab it with both hands. If it changes your life, let it. Kiss slowly, forgive quickly. God never saidlife would be easy. He just promised it would be worth it. Today is Sister's Day. Send this to all your sister, even me, if I'm like one. If you get back 7 you're loved. Happy sister day. Love u.

Kalau dulu aku dapat mesej macam ni mesti aku forward pada kawan-kawan. Seronok berkongsi kata-katanya. Tak kiralah betul ke tak betul sister daynya. Tapi sejak belakangan ini, aku rasa mesej macam ni datang daripada syarikat telekomunikasi. Sebabnya, mesej ini perlu dipecah 4 bahagian. Kalau 5 sen satu sms. 1 penerima sudah 20 sen. Kalau 10 orang sudah 2 ringgit. Kalau 100?


Aku bukan kisah sangat fasal duit tu, tambahan nak kongsi dengan kawan-kawan. Tapi rasa kena tipu dan kelicikan orang yang mengambil kesempatan yang aku tak suka. Kalau betullah niat dan tujuan orang yang mulakan mesej ni baik, kenapa dia tak short formkan mesej ni dulu sebelum hantar. Tapi kalau semua orang fikir macam aku, mesti aku pun tak dapat mesej. Erm.

Isnin, 19 Oktober 2009

perfection

For 18 years, I have tried to be the perfect wife and mother. Each day I disappoint myself.

Human life isn't about perfection. It is about accepting the flawed, the misguided parts of ourselves. We keep trying, we keep loving, we keep believing.


[Claudia Joy Holden Army wives Season 1 Episode 5]

Khamis, 15 Oktober 2009

bos lagi

Apalah jenis bos yang membodohkan orang-orang bawahnya sebanyak dua kali dalam satu mesyuarat?

Rasanya umpama telah jatuh tersungkur, disepak-sepak sesuka hati sebelum sempat mengumpul tenaga untuk kembali berdiri.

Sudahlah result trial buat kami rasa kecewa setengah mati, dalam mesyuarat post mortem, harga diri kami diinjak-injak sesuka hati.

Kadang-kadang terfikir juga, lantaklah apa nak jadi pada calon-calon SPM ni, yang hendak menjawab bukan kami, yang hendak mengadap PPD juga bukan kami. Yang bakal tebal muka di setiap mesyuarat penyerahan keputusan SPM juga bukan kami. Tapi tak mungkin kami gadaikan masa depan budak-budak ni, sekadar untuk balas dendam kepada manusia yang tidak sedar, satu jari yang dituding kepada kami, ada tiga yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Sekali kami dibodohkan, dia tiga kali lebih bodoh daripada kami.

Isnin, 28 September 2009

cheese 3X

Dalam mensyukuri nikmat hujan dan kedinginannya, aku rasa kesal...

Kenapalah aku pergi cuci kereta hari ni, cis cis cis. Lepas raya ni timing tak berapa nak betul... Rugi je 9 hinggit. Lepas raya ni cuci kereta naik lagi singgit le pulak.

Ahad, 27 September 2009

senjata baru babysitter

Sebelum raya adik aku sambar Xbox. Duit untuk aksesori Myvi merah tu, dia boleh beli Xbox. Sebelum raya, orang habis duit untuk persiapan raya, dia boleh beli Xbox. Kalau hujung tahun ni ada yang gatal-gatal bergaduh sebab Xbox tu, joystick wireless tu missing in action. Sampai habis cuti korang tak jumpa.

Itupun, kalau tuan punya Xbox rela hati mengizinkan Xboxnya jadi bahan eksperimen untuk budak-budak tu mencuba kelasakan kotak putih tu le.

P/s : Joystick Xbox, punya le tak best. Boleh main satu round je game Soulcalibur (Yoda >>
“Do or do not... there is no try.”). lepas tu pangkal ibu jari ni rasa sakit gila. Macam manalah korang boleh lepak sampai ke pagi main Xbox tu. Ish... tak faham betullah.

Khamis, 17 September 2009

I miss u already, R.

Hari ini panas bercahaya terang, namun bahangnya tidak terasa. Mentari 12 tengah hari tidak memijar ubun-ubun kepala. Hawa dinginnya menyamankan.
Lailatul Qadar agaknya semalam. Tiba-tiba sahaja rasa rindu, rindu pada Ramadhan yang belum pun berakhir.
I miss you already, Ramadhan.

Jumaat, 11 September 2009

Duit raya RM500

Itulah hangpa, sapa suruh belajar pandai-pandai sampai dapat degree, kan dah tak dapat duit raya. Hangpa tak dapat duit raya bukan sebab gaji hangpa besar tapi sebab hangpa belajar tinggi sangat ada degree, ada master. Kalau ikutkan gaji, akak abang gred 32 lagi besar gaji depa daripada gaji hangpa.
Takpa kot, hangpa punya sign lakulah masa orang nak sah sijil. Kalaulah sign hangpa tu boleh jual, kaya dah hangpa kot.

Rabu, 9 September 2009

09-09-09

Hari radio. Pertama kali aku dengar.
Teringat zaman duduk kolej dahulu. Radio Haram kolej kita orang. Bila hampir tengah malam sahaja kami pakat-pakat cari saluran radio haram itu.
Paling kelakar bunyi jam sebagai ganti bunyi panggilan masuk, juga suara rakan-rakan DJ yang sekejap jadi perempuan dan sekejap jadi lelaki.
Dengarnya pengetua kolej terjumpa 'konti' dia orang dan berkuburlah radio haram itu.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Freedom Writers

Inspired story. tapi boleh inspired jelah... :)

Lady, stop acting like you're trying to understand our situation and just do your little babysitting up there. - Marcus, Freedom Writers.

You're gonna waste your talents on people who don't give a damn about education.- Bapa Erin (tak tau nama dia apa), Freedom writers.

Kenapa aku qoute dua ni, sebab macam terkena batang hidung je. Orang-orang give up macam aku rasa macam nilah. Rasa macam babysitter je, bukan cikgu pun. Rasa macam wasting time... and talents??


And I thought, "God, by the time "you're defending a kid in a courtroom, the battle's already lost." I think the real fighting should happen here in the classroom. - Erin Gruwell, Freedom Writers

I did what I had to do, because it was the right thing to do. That is all.
You know, we are all ordinary people. But even an ordinary secretary or a housewife or a teenager can, within their own small ways, turn on a small light in a dark room. - Miep Gies, Freedom Writers

Aku qoute yang ini sebab terasa pula sampai hati.

Jumaat, 28 Ogos 2009

senjata seorang baby sitter


Biasalah. Cuti sekolah ini, cikgu yang bernama aku ini, yang sepatutnya sama bercuti macam cikgu-cikgu lain akan ditugaskan untuk 'menengok-nengokkan' anak-anak saudara yang sedang seronok bercuti dengan atuk dan opah.
Nak jaga anak orang kena ada senjata.
  1. Spray air untuk iron baju.
  • Bukanlah bertujuan untuk menggosok baju anak-anak orang ini tetapi untuk memastikan waktu sahur mereka tidak terbabas. Aku tengok mak depa kejutkan tepuk-tepuk je sambil panggil-panggil manja nama-nama depa. Bila aku guna kaedah yang sama lagi merekot dalam selimut depa ni. Cara termudah semburkan saja air itu ke wajah-wajah mereka sehingga mereka berdiri. Selagi mereka tak berdiri selagi itulah semburan itu berterusan. Kejam? Demi pahala sunat sahur dan membezakan puasa mereka dengan puasa agama-agama lain, biarlah aku bertindak kejam sedikit.
  1. Remote Astro
  • Kalau hangpa buat perangai, bergaduh, tak mau mandi, tak mau solat, remote tu hangpa tak akan jumpa sampai minggu depan... hehehe. Nasib baik cuti kali ini, anak-anak saudara aku yang bercuti dengan opah dan atuk tak ramai. Ada tiga orang saja. Jadi Remote itu tetap menten duduknya di depan TV.
Sebenarnya ada satu lagi. Plug penyambung TV dan decoder Astro. Yang ini paling berkesan. Dengan mak bapa dia orang sekali tak boleh menonton Astro. TV tanpa Astro ada kat bawah. Tengoklah tiga saluran tu dengan yang lagi tiga, kabur-kabur tidak kelihatan.

Ada lagi satu, PS2. Hangpa gaduh pasal PS2 ni, esok PS2 tu terbelah dua. Aku cakap jelah. Belum sanggup buat lagi. Gila. 600 lebih tu, belum ditambah beberapa kali masuk bengkel. Lagipun PS2 tu adik aku punya. Sesedap rasa je nak belah PS2 tu.

Hah... ada lagi satu. Password pada desktop. Laptop dan nettop aku seorang je yang boleh guna. Desktop tu hangpa pakailah. Yang tu kalau rosak aku boleh betul sendiri. Laptop dan nettop ni, kalau rosak kena hantar kedai. Kalau hangpa gaduh, tak mau dengar kata, desktop tu, sure hangpa tak boleh on. No more game. Ambil buku cerita, baca.

Bila tengok-tengok balik, patutlah budak-budak ni suka lepak rumah atuk dan opah musim cuti sekolah, banyak sangat permainannya. Itu belum ditambah dengan meja snoker yang sedang di servey-servey tu. Dengan senapang paintball yang nyaris-nyaris je di bawa balik dari Giant hari tu. Fuh! Nasib baik tak beli.

Hari ini ingat nak ke pasar, nak sediakan menu terakhir seorang baby sitter. Malam ni mak bapa depa balik, tamatlah tugas sebagai baby sitter tak bergaji untuk cuti kali ini.

Rabu, 26 Ogos 2009

laratkah saya pikul

Belakangan, sebelum cuti pertengahan penggal ini bermula, kawan-kawan yang sudah hampir cukup nisab mula sibuk-sibuk tanya pasal borang DG44. Namun pekeliling terbaru menghantar rasa kecewa dalam hati-hati kami. Aku pun termasuklah sekali. Syarat-syarat yang lain lengkap dan jitu kecuali syarat pertama; berada di tangga gaji T10 pada tahun 2002. Gila apa? Kalau permulaan gaji guru-guru siswazah di tangga T07 atau T08 logiklah syarat itu dikenakan. Guru-guru siswazah berkelulusan selain akaun nampaknya boleh baca pekeliling sahajalah.

Aku yang memang cukup malas melayan borang-borang yang bukan sedikit yang perlu diisi untuk mencapai tahap DG44 selamba sahaja bersuara, "Alah, duit yang ada tak larat nak pikul" lalu menutup majalah NUTP dan kembalikan kepada tuannya, Kak Normah di sebelah. Kak Nab seperti biasa ketawa kecil sambil berkata,"Tak larat nak pikul ya, K."

Sejak daripada itu, setiap kali bercerita tentang duit, tambahan pula untuk persiapan raya dan ubahsuai rumah baru yang selalu jadi topik bualan hangat 'forum-forum-tak-rasmi-setiap-Jumaat-sementara-tunggu-jalan-raya-reda" akan bangkitlah ayat itu. "K banyak duit, duit yang ada tak larat nak pikul." Ujar Kak Nab sambil ketawa kecil bagai selalu setiap kali katalog perabot kayu jati itu jadi perbincangan.

Malas untuk mengulas dan memberi penerangan lanjut, aku jawab, "Duit syiling mana larat nak pikul."

Yang aku maksudkan sebenarnya dosa, fitnah, ujian dan soal jawab duit itu nanti yang tak larat nak dipikul. Siapalah pula yang nak pikul duit ke sana ke mari.

Hai, rindu pula hidup di Langkawi, ayat-ayat macam ini ada yang dengan mudah menangkap maksudnya.

Selasa, 25 Ogos 2009

mentelaah sangatlah tu

  • Sehari sebelum cuti pertengahan penggal dua bermula, Aza bekalkan aku dengan dua buah novel. Sebab nak jaga hati kawan, aku ambil juga novel yang Aza susah-susah bawakan dari rumahnya.
  • Seminggu sebelum Ramadan, hari Sabtu yang bersekolah itu, hari Sabtu yang bos hanya jeling tanpa berkata apa bila aku salin kain batik aku ke seluar jeans, hari Sabtu itu juga hati aku berkata, kalau berani - tegur, jangan jeling-jeling, hari Sabtu yang sepatutnya aku ke Kampung Gajah, Telok Intan itu, aku ke Ipoh, seorang diri. Niat asal mengutip pasir kenangan tetapi telah menghabis baki tunai dalam dompet lebih tiga ratus ringgit (termasuk penambahan hutang di kartu kredit) untuk shopping di pertengahan bulan. Gila apa? Itu sudah kira duit kecemasan dah tu. Opss melalut. Sebenarnya aku hendak cerita aku beli novel Salju Sakinah Sabtu itu. Dan aku beli novel itu kerana warnanya semata-mata. Warna birunya menarik mata dan menghentikan kaki untuk melangkah.
  • Dan di sisi katil ada Mikail yang belum pun sampai separuh aku selusuri.
  • La Tahzan yang sudah setahun jadi penghuni rak buku sudah siap siaga juga di sisi katil.

Dengan niat untuk mengurangkan pergantungan pada televisyen dalam mengisi waktu-waktu senggang dalam cuti Ramadhan ini, buku-buku itu jadi bekal. Baru masuk malam keempat Ramadhan, novel bekalan Aza telah kuketahui jalan ceritanya. Macam selalu, baca depan, tengah dan akhir. Sudah kutahu siapa bahagia, siapa yang derita dan siapa pula yang punya angkara. Novel Salju Sakinah pula telah kutamatkan pembacaannya kulit ke kulit.

Sepanjang tiga hari berpuasa ini aku baca setiap baris, ayat dan perkataan novel Salju Sakinah sebelum terlena sebelah malam dan pagi. Perenggan pertamanya sahaja telah menghantar rasa, novel ini berbaloi untuk ditekuni setiap helaiannya. Namun aku ini kurang sabar untuk segera mengetahui siapa heronya, Salju Sakinah aku baca dengan cara yang sama 2 novel Aza pada hari pertama novel itu aku pegang. Walaupun jalan cerita telah kutahui hujung pangkalnya, namun novel ini memang berbaloi ditekuni.

Dengan Ramadhan berbaki 26 hari, Mikail dan La Tahzan sahaja yang tinggal untuk ditilik. Opss... ada dua berkas kertas jawapan yang belum disemak dan Selasa lepas cuti ini ada lagi dua berkas yang bakal menyusul untuk disemak. La Tahzan dan Mikail nampaknya akan kekal di sisi katil untuk jangka masa yang lebih lama.

Isnin, 24 Ogos 2009

siapalah aku

Tiba-tiba rindu pada zaman bertarawih di Masjid Sultan Iskandar. Sama-sama pelajar, sama-sama tegur-menegur. Saf dirapat serapat-rapatnya. Kalau ada yang renggang ada yang segera merapatkan. Kalau ada yang terlopong ada yang segera mengisi. Berganding bahu ke bahu.

Dan hari ini, siapalah aku untuk menegur saf-saf yang renggang itu wajib dirapatkan, saf yang terlopong itu wajib disi.

Saban tahun rindu pada zaman bertarawih di Masjid Sultan Iskandar pasti mengetuk.

tangisan bonda

Pagi tadi lepas Dhuha, bonda terkenang kampungnya dan bondanya juga. Bonda menangis depan aku kenangkan kesusahan bondanya dulu. Bonda menangis depan aku kenangkan kesenangan bonda hari ini. Tangis bonda pagi ini berbaur antara rasa syukur kesenangan beliau hari ini dan rasa sedih kesusahan bondanya dulu. Bonda menangis depan aku ingatkan betapa bertuahnya beliau anak-anaknya tiada satupun yang jadi duri dalam daging. Ketika ini air mata aku sama menitis. Iya, kami bukanlah baik sangat, tapi kami tidak pula jahat. Tiada penagih, tiada pencuri, tiada juga yang tersasar cara hidupnya. Tambahan adik aku satu-satunya telah 'memiliki' myvi merah tanda pekerjaannya telah makin stabil.

Setelah beberapa ketika mengubah topik perbualan, daripada langsir raya hingga ke kesusahan besannya berpuasa, bonda sudah mula ketawa. Alhamdulillah tangis bonda tidak berpanjangan.

dialog iklan membunuh

Dah macam-macam saya cuba...
Sental dengan kulit durian...
Menggonyoh dengan kertas pasir...
Menggosok muka di aspal berbahang...
Tapi semuanya tidak berkesan...
Sehinggalah saya mencuba Photoshop...
Jerawat saya hilang, malah kulit saya tambah putih dan berseri.

Kami berdua je yang tergelak. Orang lain tak faham rupanya. Cis sungguh...

Ahad, 23 Ogos 2009

Dua hari mentelaah

Kata Hasan al-Basri, tiga golongan manusia yang boleh diumpat; mereka yang menurut hawa nafsu semata-mata, yang melakukan kefasikan secara terang-terangan dan pemimpin yang zalim.

Bos aku dikira pemimpin. Kejam? Maksud kejam? Tidak adil. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ya, ya dia memang kejam, dia memang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jadi dia antara manusia yang boleh diumpat... erm suka hati aku je.

Kalaulah pahala dan dosa yang saling bertukaran tempat itu dapat dilihat dengan mata kasar, agaknya baik-baik belaka semua manusia Muslim.

Jumaat, 21 Ogos 2009

puasa

Selamat Berpuasa.
maaf zahir batin.
selamat bercuti untuk cikgu-cikgu.
selamat berPTK untuk cikgu-cikgu. selamat berjaya.
selamat semua hendaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Agaknyakan... kalaulah rahmat tu boleh nampak gugur dari langit macam daun yang gugur dari pokoknya, mesti kita rebut-rebut nak rebut...

Khamis, 13 Ogos 2009

hitam dan putih

Kalau hidup ini sekadar memilih antara hitam dan putih... belum tentu kita mudah untuk membuat pilihan... apatah lagi di antara hitam dan putih itu ada kelabu...

Selasa, 11 Ogos 2009

Tak rasa nak letak tajuk

Apa korang rasa apabila usaha yang korang buat untuk memudah hidup derang, derang buat macam ini? Gambar ini bukan nota aku, tapi rokek itu terbang masa aku mengajar. Dan kalau di tangan aku masa tu pisau, budak tu dah mati. Nasib baiklah marker pen dan seluruh kelas senyap kerana marker pen terbang itu. Dengan mood aku sekali terbang.

Untuk memastikan aku tetap menjalankan tanggungjawab aku, rancangan asal untuk menjadi sekadar pemudah cara bertukar menjadi penulis segala.

Terima kasih Tuhan mengizinkan ayat-ayat itu keluar bagai air tanpa sedikit pun tersekat alirannya di papan putih itu. Bagai satu pembaziran, lampiran kerja yang aku sediakan semalam menjadi sekadar hiasan buku karangan mereka.

Rasa macam nak tunjuk je pada bos nota si Aza yang dah jadi roket ni. Kot-kotlah dia boleh tersedar dan berterima kasih dengan usaha kami ini dan berhenti meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas kami.

Isnin, 10 Ogos 2009

hutang 30 jam

Kononnya, disebabkan cikgu-cikgu kerja paling lama sampai pukul 2.30 je (ialah tu 2.30 je), cikgu disabitkan berhutang sebanyak 30 jam sebulan jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja di bidang lain mengikut pekeliling yang mesyaratkan 40 jam seminggu untuk setiap pekerja.
Banyaklah korang punya hutang 30 jam. Meh sini nak citer siapa yang hutang siapa.
  • Pengunaan elektrik di rumah kadang-kadang sampai ke pagi untuk menyiapkan kerja-kerja untuk sekolah - boleh claim ke?
  • Montaj simple yang adik aku boleh dapat beribu untuk 10 saat - aku dapat apa bila buat untuk Hari Anugerah? Terima kasih daripada bos pun aku tak pernah dengar.
  • Design layout untuk segala mak nenek cover buku porgram yang kat luar boleh lepas untuk duit minyak seminggu dua - aku buat aku dapat apa?
  • Kepada cikgu-cikgu yang menggunakan komputer sendiri, susut nilai nettop, laptop dan desktop - siapa yang tanggung?
  • Bil internet untuk cari bahan P&P, cari lagu hari merdeka, cari lagu marching dan buat kerja-kerja perkeranian online di rumah - siapa bayar? (Tulis blog? Suka hati akulah, bil internet tu aku yang bayar.)
  • Penggunaan kertas untuk draf dan salinan asli minit mesyuarat, kertas soalan, kertas kerja, draf sijil dan segala bentuk dokumen yang perlu dihantar - ingat sekolah ada bagi pada cikgu ke satu rim sorang kertas - beli sendirilah.
  • Harga ink printer dan susut nilai printer - yang ini siapa pun tak ambil tahu. Kalau nak photostat personal kat sekolah punya le berkira.
  • Bateri kemera, susut nilai kemera, masa untuk edit gambar-gambar sekolah untuk laporan aktiviti-aktiviti sekolah - ada siapa-siapa ambil kisah?
  • Berapa banyak baju-baju yang rosak akibat tersangkut pada paku-paku dan segala macam benda yang ada pada meja cikgu. Tempat kerja jabatan lain mana ada masalah ini. Ada setengah jabatan tu, baju pun kerajaan bagi - yang ini saja je nak membanyakkan fakta... :)

Kenapa sudah lebih sebulan cerita hutang 30 jam ini berlalu baru aku nak mengungkit hari ini? Sebab aku marah sangat. Kita orang punya hutang 30 jam nampak, korang hutang lebih daripada 30 jam ada siapa kisah.
Aku bengang betul pergi office pagi-pagi tadi untuk report wiring di makmal yang sangat kritikal kepada yang berkenaan. Dia boleh baca surat khabar. Sudah pukul 9.00, korang punya office start pukul berapa? 12 tengah hari? Lepas tu kita orang lambat lima minit nampak jelah kat mata korang 'kan? Lepas tu kerja korang point finger pada orang lain, that's not my job. Memanglah, kerja korang baca surat khabar. Apa korang ingat aku nak betulkan wiring kat makmal tu ke? Kalau ada yang mati keras pasal terkena kejutan eletrik nanti siapa yang nak jawab. Mestilah guru penyelaras makmal 'kan? Akulah tu 'kan? Korang boleh sambung baca surat khabar. Silap-silap boleh baca cerita 'seorang penyelaras ICT mati terkena kejutan elektrik', 'kan?
Huh!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Ya atau tidak II

Setiap kali istikharah aku persembah, ketenangan itu pasti ada, tetapi kata putus tidak pernah menjelma, atau aku yang sebenar tidak mampu membaca petunjuk di depan mata.

Rabu, 5 Ogos 2009

kadang-kadang gila

Aku mempunyai sasaran untuk memiliki Canon 500D, walaupun nampak tidak begitu berbaloi. Dan siapa kisah tentang berbaloi bila kegilaan itu datang, seperti mana kegilaan yang tiba-tiba muncul ketika aku berhutang untuk My Scarlet; Honda Icon yang hanya aku tunggangi kurang daripada sekali seminggu...
Entah nasib baik atau nasib tak baik, kegilaan itu tidak muncul-muncul.

Jumaat, 31 Julai 2009

suatu coretan lama

... Lalu Tuhan ciptakan rasa untuk kita menilai… antara rasa-rasa yang tercipta yang manakah paling indah? Namun… indahkah kenyang tanpa laparnya… indahkah kejayaan tanpa sebelumnya disapa kegagalan… indahkah bahagia tanpa sebelumnya dipalit rasa derita… indahkah cinta tanpa sebelumnya dilintasi rasa kecewa…

Rabu, 29 Julai 2009

SmS untuk bos

Caution is good. Courage is better.

Selasa, 28 Julai 2009

Aswad si Hitam


Mak aku kata Itam. Aku kata Aswad. Sebab dia hitam, bukan sebab aku minat Aswad. Harap-harap nyawanya panjang, sebab kami hendak 'cipta' seekor lagi He-man.

Rabu, 22 Julai 2009

That's not my job

"This is a story about four people named everybody, somebody, anybody and nobody. There was an important job to be done and everybody was sure that somebody would do it. Anybody could have done it, but nobody did it. Somebody got angry about that because it was everybody's job. Everybody thought anybody could do it, but nobody realized that everybody wouldn't do it. It end up that everybody blamed somebody when nobody did what anybody could have."

Isnin, 20 Julai 2009

Kiki and the new born

Kiki first time jadi ibu dan anaknya seekor. Macam adik aku kata, kecik sangat nak jadi mak. Kiki, kucing yang entah dari mana datang, memenuhi ciri-ciri kucing yang boleh geng dengan mak aku. Ciri-ciri utama dan mungkin satu-satunya, jangan muntah atau membuang merata-rata.
Masa dia datang dia kecil lagi, baru bercerai susu. Dia kekal jadi Kiki walaupun cara dia minta makanan memang buat aku baran. Setiap kali dia menyatakan rasa laparnya dia akan gigit kura kaki aku. Sakit beb, kadang-kadang sampai berdarah. Tapi aku tak pernah sampai hati nak menyakitinya kembali. (kalau aku tolak dia dengan kaki, lagi sakitlah kaki aku digigitnya). Selalunya aku jerit, sakit le. Macamlah kucing tu faham, tapi dia macam faham bila aku tak layan pemintaannya dia pergi gigit kaki orang lain pula.

Jumaat, 3 Julai 2009

Ehsan

Intan payung. Kecil-kecil dah ramah bukan main. Suka sungguh dia pada netbook Astone aku. Boleh berhenti menangis bila aku tunjukkan netbook tu. Senang bela ni , senang bela.

Selasa, 30 Jun 2009

tak tau nak letak apa

Why are we trying to be strong?
I mean, at the end of the day,
what does strong get you?

[Army Wives season 2 episode 2]

Survive.

[Aku]

Ahad, 28 Jun 2009

putus harap

Aku kecewa. Dalam redha, aku masih kecewa. Bak kata Cikgu Zul dalam mesyuarat bersejarah hari Rabu yang lalu. Kita tak akan dapat semua yang kita mahu. Selalunya kita perlu buat pilihan antara dua perkara yang kita mahu. Dan dengan harapan yang makin menipis pilihan yang terpaksa dibuat tidak mengubah apa-apa rutin dalam hidup aku. Mungkin untuk seketika, untuk ketika ini hajat, cita-cita dan keinginan untuk kembali bergelar pelajar terpaksa aku kuburkan. Sementara atau kekalnya kuburan itu aku sendiri tidak pasti.

Kadang-kadang persoalan mengapa yang bergayutan di benak akan kembali memberi pilihan antara ujian dan hukuman. Dan seperti biasa-biasa aku akan memilih hukuman. Lalu aku selak satu-satu kesalahan. Entah kesalahan yang mana lalu harapan yang aku gantung tinggi terhempas ke bumi. Berkecai dan serpihannya menghiris-hiris hati yang sekeping ini. Sesak rasa nafas, ketat rasa dada dan setiap gumpalan udara yang aku sedut tidak pernah dapat melegakan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Awan di lereng bukit

Nampak terlalu dekat untuk digapai, tetapi yang engkau genggam tangan engkau sendiri.

Khamis, 25 Jun 2009

Hajat

Kalau ada jin yang dapat menunaikan tiga hajat aku akan minta :
1. Tukar bos
2. Tukar bos
3. Tukar bos

Ahad, 21 Jun 2009

kembali 18

Cis taklah susah sangat. Apalah yang aku takutkan sebelum ini. Oh ya. Menunggu. Aku paling benci berurusan di mana-mana kaunter kerana perbuatan inilah. Samalah juga bila berurusan di hospital.

Hari Jumaat lepas perkara terakhir sebelum kembali memegang status pelajar, aku ke hospital untuk medical check up. Rasa macam kembali 18 tahun. Berpapasan dengan muka-muka junior rasa kembali junior (Hehehe perasan sekejap). Masing-masing bawa sampul surat besar yang mengandungi ‘negatif-gambar-jantung-dan-paru-paru’ ke hulu ke hilir menyelesaikan pemeriksaan demi pemeriksaan. Dan aku berurusan dengan doktor lepasan UM. Tapi sayang, wajahnya tidak dapat aku kenal pasti. H1N1 menyebabkan warga-warga Kementerian Kesihatan bertopeng muka. Dia ramah bercerita apabila diberitahu aku akan ke UM untuk sambung belajar.

Apa aku rasa? Teruja sedikit untuk kembali menduduki dewan kuliah. Yang lain-lain, belum rasa apa-apa lagi.

Wish me luck.

Jumaat, 19 Jun 2009

kerana takdir Tuhan

Biasalah lepas kembali ke sekolah setelah dua minggu bercuti dan baru sahaja selesai mengumpul dan menganalisa markah Peperiksaan Pertengahan Tahun, akan bercambahlah forum-forum tidak rasmi cikgu-cikgu sekolah aku tidak kira di kantin atau di bilik guru.

Bukan sedikit masalah yang timbul selepas cuti. Pasal markah satu hal, pasal pergaduhan di Kamunting satu hal dan pasal moral beberapa orang pelajar Melayu tingkatan 3 dan 4 juga bertambah satu lagi isu yang perlu dibahaskan di forum-forum tidak rasmi. Yang paling hangat tentunya tentang prestasi pelajar dalam PPT ini. Ya, sekarang masa untuk tuding menuding. Sebelum bos tuding kami, kami tuding dia dulu dalam forum-forum kami.

Sebaik sahaja bos muncul di lorong sebelah dewan menghala ke kantin, kami ahli-ahli forum pakat-pakat angkat punggung. Tiada siapa yang sudi untuk menemani bos menjamu selera. Nasib baik baru sahaja tutup topik forum lepas jari telunjuk kami masing-masing sepakat menunjuk ke arah dia sebagai penyandar tanggungjawab.

Elok sahaja masuk ke bilik guru Cikgu Kamal dan Cikgu Azis sedang membincangkan topik yang sama. Cikgu Azis begitu bersungguh-sungguh mencari punca pelajar kami yang tidak pernah berubah tidak kira apa sahaja program yang dilaksanakan. “Salah kitakah? Salah sistemkah? Salah pelajarkah?” Kata Cikgu Azis sambil berpusing-pusing di kerusinya.

“Takdir Tuhan,” sampuk aku belum sempat Cikgu Kamal memberi ulasan.

“Hang ni K. Terjelepuk aku. Macam bagi bola tanggung,” Cikgu Azis menyeringgai.

Cikgu Kamal nampak sedikit berubah wajahnya. Tidak semena-mena mencadangkan satu lagi program yang diketuai oleh aku kepada KP BM. Marahlah tu.

“Relaxlah Cikgu Kamal. Tak ‘kan marah kot?” Aku senyum-senyum bergerak ke kelas.

Memang niat aku cuma bersenda. Dan sampai kini aku masih tersenyum sendiri teringat wajah Cikgu Kamal dan ‘bola tanggung’ Cikgu Azis, tapi jauh di sudut hati itulah apa yang aku rasa sekarang. Tuding menuding kepada Tuhan? Tidak. Siapalah aku? Rasa putus asa? Pasrah kot yang lebih tepat. Semua ini satu ketentuan yang merupakan ujian untuk semua warga pendidik di sekolah aku. Forum-forum yang berbahas ini tidak lebih daripada terapi untuk kami sama-sama berdiri kembali. Kembali memberi fokus dan tumpuan bahawa PMR lebih kurang 4 bulan sahaja lagi dan SPM pun tidak berapa lama lagi akan muncul… walaupun harapannya seakan makin menipis…

Isnin, 18 Mei 2009

Hari guru

Entah kenapa sambutannya makin tawar dan hambar.
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Sabtu, 28 Mac 2009

Gelap

Dalam gelap. Berteman lampu suluh. Dan kuib rubik.
Selamat bergelap demi menyelamatkan dunia. Saya hanya seseorang insan.
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Ahad, 8 Februari 2009

Ironi lagi

Antara kemelut memilih pejuang dan penderhaka, Braveheart di TV2 mengangkat golongan marhaen menjadi wira lalu mengubah suatu perspektif.
Jangan salahkan aku, salahkan TV2, menayang kisah itu pada waktu yang salah (atau betul).
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Jumaat, 6 Februari 2009

Mangsa

Kerana kerakusan mereka, banyak yang menanggung akibat. Apakah dosa mereka yang baru selasai solat itu diancam dan didera sebegitu.

Aku on de way nak balik rumah pun terkena tempias gas pemedih mata tu. Terpaksa patah balik. Kat manalah aku nak lepak ni. Sementara tunggu depa yang jadi sesumpah tu tuko balik pada color yang asal
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Rabu, 28 Januari 2009

wau!

Untuk pemuja Sang Kekasih Yang Maha Sejati, kematian itulah klimaks kerinduan dari segala kerinduan. DaripadaNya kita ini datang... kepadaNya pula kita bakal pulang...

Best pulak ayat ni... (Dikutip dan diolah dari satu forum politik)

Jumaat, 16 Januari 2009

kebengangan dan kebangangan

*edited. Tq bilis.

bengang
  • kejap-kejap tukar, kejap-kejap tukar. Mula-mula satu subjek je, lepas dah jadi dua subjek. Mula-mula kita selang-selang hari, lepas tu tukar jadi satu hari kita buat dua-dua subjek. Lepas tu yang terbaru dah jadi cerita lain pulak. Satu subjek ikut modul, satu lagi ikut suka. Habis subjek yang lain nak ikut apa lak.. ish... apa le kenanya pembuat-pembuat dasar ni.
  • Balik-balik itu, balik-balik itu. Dah lebih setahun pembuat dasar yang baru ni jadi pembuat dasar paling atas. Tak habis-habis 'menggalakkan' kami 'menipu'. Buku tu sepatutnya jadi buku rancangan bukan buku rekod. Memang kami dah lama amal tulis laporan berbanding menulis rancangan, tetapi masalahnya kehendak-kehendak pembuat dasar menyebabkan kami banyak sungguh menipu dalam laporan. Agaknya masa di IAB dulu yang itu kot yang sangat ditekankan dalam laporan.
  • Dah keluar pekeliling, rancangan yang satu tu tak payah lagi ditulis, yang pi gatal keluar 'fakwa' sendiri suruh kami tulis juga tu apsal. Ingat peratus tahun ni boleh naik sampai seratus ke? Berpijaklah di bumi nyata wahai pembuat dasar.
bangang
  • Pengeluar 'fatwa' bahawa waktu pertama hari pertama harus terus P&P adalah orang paling bangang dan seolah-olah tak pernah jadi budak sekolah, tak pernah jagi cikgu sekolah dan tak pernah jadi pentadbir di sekolah. Atau lebih tepat lagi orang tak pernah pergi sekolah. Sudah-sudahlah main wayang kulitnya. Macam mana pun cerita wayang kulit tu, orang tetap tahu yang Wak Dogol tu patung, patung yang tak boleh buat apa-apa.
  • Bila kami tanya masa mesyuarat, matlamat program apa, objektif program apa, kumpulan sasaran siapa, engkau orang suruh kami fikir sendiri. Bila kami berikan matlamat utama kami, engkau tak nak pula terima. Inilah yang dinamakan bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut. Bangang.

Ahad, 11 Januari 2009

ish...

Tahun baru sudah hampir separuh bulan, kelongsong ini masih kosong. Sekira setiap detik dan ketika jemari ini mampu mengetik-ngetak segala butir bicara sang minda sudah berlembar-lembar catatan aku untuk tahun ini. Juga mungkin sudah berjilid-jilid catatan tahun lalu. Apakan daya banyak bicara minda yang tak mampu aku kongsikan di sini. Entah bila aku jadi pemendam dan perahsia. Kalau dulu yang dipendam pasti membekam dan menyakitkan. Sekarang aku terlalu mudah melupakan. Segala rasa yang datang hanya seketika singgahnya. Sekelip mata, genang boleh bertukar ketawa.

2008, andai masa mampu aku panjang aku masih terlalu ingin bersama 'mu'.
2009, semoga menjanjikan seribu keberkatan dalam setiap detik dengan 'mu'.