Ahad, 21 Jun 2009

kembali 18

Cis taklah susah sangat. Apalah yang aku takutkan sebelum ini. Oh ya. Menunggu. Aku paling benci berurusan di mana-mana kaunter kerana perbuatan inilah. Samalah juga bila berurusan di hospital.

Hari Jumaat lepas perkara terakhir sebelum kembali memegang status pelajar, aku ke hospital untuk medical check up. Rasa macam kembali 18 tahun. Berpapasan dengan muka-muka junior rasa kembali junior (Hehehe perasan sekejap). Masing-masing bawa sampul surat besar yang mengandungi ‘negatif-gambar-jantung-dan-paru-paru’ ke hulu ke hilir menyelesaikan pemeriksaan demi pemeriksaan. Dan aku berurusan dengan doktor lepasan UM. Tapi sayang, wajahnya tidak dapat aku kenal pasti. H1N1 menyebabkan warga-warga Kementerian Kesihatan bertopeng muka. Dia ramah bercerita apabila diberitahu aku akan ke UM untuk sambung belajar.

Apa aku rasa? Teruja sedikit untuk kembali menduduki dewan kuliah. Yang lain-lain, belum rasa apa-apa lagi.

Wish me luck.

Tiada ulasan: