Ahad, 28 Jun 2009

putus harap

Aku kecewa. Dalam redha, aku masih kecewa. Bak kata Cikgu Zul dalam mesyuarat bersejarah hari Rabu yang lalu. Kita tak akan dapat semua yang kita mahu. Selalunya kita perlu buat pilihan antara dua perkara yang kita mahu. Dan dengan harapan yang makin menipis pilihan yang terpaksa dibuat tidak mengubah apa-apa rutin dalam hidup aku. Mungkin untuk seketika, untuk ketika ini hajat, cita-cita dan keinginan untuk kembali bergelar pelajar terpaksa aku kuburkan. Sementara atau kekalnya kuburan itu aku sendiri tidak pasti.

Kadang-kadang persoalan mengapa yang bergayutan di benak akan kembali memberi pilihan antara ujian dan hukuman. Dan seperti biasa-biasa aku akan memilih hukuman. Lalu aku selak satu-satu kesalahan. Entah kesalahan yang mana lalu harapan yang aku gantung tinggi terhempas ke bumi. Berkecai dan serpihannya menghiris-hiris hati yang sekeping ini. Sesak rasa nafas, ketat rasa dada dan setiap gumpalan udara yang aku sedut tidak pernah dapat melegakan.

Tiada ulasan: