Isnin, 24 Ogos 2009

tangisan bonda

Pagi tadi lepas Dhuha, bonda terkenang kampungnya dan bondanya juga. Bonda menangis depan aku kenangkan kesusahan bondanya dulu. Bonda menangis depan aku kenangkan kesenangan bonda hari ini. Tangis bonda pagi ini berbaur antara rasa syukur kesenangan beliau hari ini dan rasa sedih kesusahan bondanya dulu. Bonda menangis depan aku ingatkan betapa bertuahnya beliau anak-anaknya tiada satupun yang jadi duri dalam daging. Ketika ini air mata aku sama menitis. Iya, kami bukanlah baik sangat, tapi kami tidak pula jahat. Tiada penagih, tiada pencuri, tiada juga yang tersasar cara hidupnya. Tambahan adik aku satu-satunya telah 'memiliki' myvi merah tanda pekerjaannya telah makin stabil.

Setelah beberapa ketika mengubah topik perbualan, daripada langsir raya hingga ke kesusahan besannya berpuasa, bonda sudah mula ketawa. Alhamdulillah tangis bonda tidak berpanjangan.

Tiada ulasan: