Memaparkan catatan dengan label monolog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label monolog. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Ogos 2009

Ya atau tidak II

Setiap kali istikharah aku persembah, ketenangan itu pasti ada, tetapi kata putus tidak pernah menjelma, atau aku yang sebenar tidak mampu membaca petunjuk di depan mata.

Khamis, 4 Disember 2008

hai la



Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Reff:
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Hapus aku : nidji

Jumaat, 17 Oktober 2008

sindrom 'kekalauan'

kalaulah aku mampu bercerita pada dunia...
kalaulah hati aku tidak sanggup lagi berahsia...
kalaulah ada yang sudi berkongsi cerita...
kalaulah akibatnya tertera di depan mata...
kalaulah ke kanan dan ke kiri arahnya tetap sama...
kalaulah aku tak perlu memilih antara tidak dan ya...
kalaulah semua di atas menjadi nyata...
Mungkinkah hidupku tenang dan sejahtera???

Inilah yang dikata kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
Yang aku takut ruyung yang aku pecahkan, sagunya masam...
Dan mungkin itulah satu-satunya ruyung yang tinggal untuk aku...

Rabu, 17 September 2008

peluang

Hari Ahad lalu (14 September 2008) aku terima SMS pertama daripada Kak Fishah yang mengkhabarkan berita mengejutkan. Disusuli daripada Kak Nab yang menyampaikan berita serupa. Dan petang itu Aminbakish telefon dengan cerita yang sama. Rakan sekerja Tuan Haji Abdul Rahman kembali ke Rahmatullah. Kelibatnya masih ternampak-nampak. Hari Jumaat, dua hari sebelum itu dia masih sihat dan masih sempat bergurau. Hari Isnin, yang terkujur hanyalah jasadnya. Hampir sunyi bilik guru, rakan-rakan sekerja bergilir-gilir menziarahi jenazah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Sebagai bendahari Kelab Staf seperti biasa menjadi tanggungjawab aku untuk menghulurkan sampul kepada rakan-rakan sekerja yang ingin mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mubarak ini untuk mengumpul pahala menghulurkan sumbangan untuk isteri dan anak-anaknya yang telah yatim itu.

Dalam perjalanan pulang semalam, aku terfikir tentang peluang. Peluang yang Allah bentangkan untuk kami menambah pahala di bulan mulia ini, kerana untuk kami (atau mungkin hanya aku) sengaja ke rumah anak-anak yatim dan menghulurkan seringgit dua itu mungkin tidak berlaku. (Ada suara halus yang berbisik, salahkah menganggap musibah orang lain sebagai peluang untuk kita dalam keadaan ini.)

Dalam perjalanan dan kereta yang sama, satu-satu peristiwa dan rasa datang bertandang dan 'menyampaikan hujah-hujah'. Betapa petugas-petugas yang datang ke sekolah dengan niat mengutip derma itu juga peluang yang Allah bentangkan. Betapa anak-anak sekolah yang menjual kalendar, ubat-ubat dan apa sahaja bentuk barangan dengan niat derma juga peluang yang Allah bentangkan. Betapa silapnya apabila mempertikaikan ke mana wang derma itu akan tersalur. Betapa silapnya apabila peluang yang Allah bentangkan itu tidak pula direbut.

(Dan rasa kesedaran yang hadir hanya seketika singgahnya.)