Kalau dulu aku dapat mesej macam ni mesti aku forward pada kawan-kawan. Seronok berkongsi kata-katanya. Tak kiralah betul ke tak betul sister daynya. Tapi sejak belakangan ini, aku rasa mesej macam ni datang daripada syarikat telekomunikasi. Sebabnya, mesej ini perlu dipecah 4 bahagian. Kalau 5 sen satu sms. 1 penerima sudah 20 sen. Kalau 10 orang sudah 2 ringgit. Kalau 100?
Aku bukan kisah sangat fasal duit tu, tambahan nak kongsi dengan kawan-kawan. Tapi rasa kena tipu dan kelicikan orang yang mengambil kesempatan yang aku tak suka. Kalau betullah niat dan tujuan orang yang mulakan mesej ni baik, kenapa dia tak short formkan mesej ni dulu sebelum hantar. Tapi kalau semua orang fikir macam aku, mesti aku pun tak dapat mesej. Erm.
1 ulasan:
hantar satu je pada kawan yang hantar tu... bukan dia tahu kita hantar pada 7 orang lain ke tidak...
Catat Ulasan