Jumaat, 28 Ogos 2009

senjata seorang baby sitter


Biasalah. Cuti sekolah ini, cikgu yang bernama aku ini, yang sepatutnya sama bercuti macam cikgu-cikgu lain akan ditugaskan untuk 'menengok-nengokkan' anak-anak saudara yang sedang seronok bercuti dengan atuk dan opah.
Nak jaga anak orang kena ada senjata.
  1. Spray air untuk iron baju.
  • Bukanlah bertujuan untuk menggosok baju anak-anak orang ini tetapi untuk memastikan waktu sahur mereka tidak terbabas. Aku tengok mak depa kejutkan tepuk-tepuk je sambil panggil-panggil manja nama-nama depa. Bila aku guna kaedah yang sama lagi merekot dalam selimut depa ni. Cara termudah semburkan saja air itu ke wajah-wajah mereka sehingga mereka berdiri. Selagi mereka tak berdiri selagi itulah semburan itu berterusan. Kejam? Demi pahala sunat sahur dan membezakan puasa mereka dengan puasa agama-agama lain, biarlah aku bertindak kejam sedikit.
  1. Remote Astro
  • Kalau hangpa buat perangai, bergaduh, tak mau mandi, tak mau solat, remote tu hangpa tak akan jumpa sampai minggu depan... hehehe. Nasib baik cuti kali ini, anak-anak saudara aku yang bercuti dengan opah dan atuk tak ramai. Ada tiga orang saja. Jadi Remote itu tetap menten duduknya di depan TV.
Sebenarnya ada satu lagi. Plug penyambung TV dan decoder Astro. Yang ini paling berkesan. Dengan mak bapa dia orang sekali tak boleh menonton Astro. TV tanpa Astro ada kat bawah. Tengoklah tiga saluran tu dengan yang lagi tiga, kabur-kabur tidak kelihatan.

Ada lagi satu, PS2. Hangpa gaduh pasal PS2 ni, esok PS2 tu terbelah dua. Aku cakap jelah. Belum sanggup buat lagi. Gila. 600 lebih tu, belum ditambah beberapa kali masuk bengkel. Lagipun PS2 tu adik aku punya. Sesedap rasa je nak belah PS2 tu.

Hah... ada lagi satu. Password pada desktop. Laptop dan nettop aku seorang je yang boleh guna. Desktop tu hangpa pakailah. Yang tu kalau rosak aku boleh betul sendiri. Laptop dan nettop ni, kalau rosak kena hantar kedai. Kalau hangpa gaduh, tak mau dengar kata, desktop tu, sure hangpa tak boleh on. No more game. Ambil buku cerita, baca.

Bila tengok-tengok balik, patutlah budak-budak ni suka lepak rumah atuk dan opah musim cuti sekolah, banyak sangat permainannya. Itu belum ditambah dengan meja snoker yang sedang di servey-servey tu. Dengan senapang paintball yang nyaris-nyaris je di bawa balik dari Giant hari tu. Fuh! Nasib baik tak beli.

Hari ini ingat nak ke pasar, nak sediakan menu terakhir seorang baby sitter. Malam ni mak bapa depa balik, tamatlah tugas sebagai baby sitter tak bergaji untuk cuti kali ini.

Tiada ulasan: