Isnin, 10 Ogos 2009

hutang 30 jam

Kononnya, disebabkan cikgu-cikgu kerja paling lama sampai pukul 2.30 je (ialah tu 2.30 je), cikgu disabitkan berhutang sebanyak 30 jam sebulan jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja di bidang lain mengikut pekeliling yang mesyaratkan 40 jam seminggu untuk setiap pekerja.
Banyaklah korang punya hutang 30 jam. Meh sini nak citer siapa yang hutang siapa.
  • Pengunaan elektrik di rumah kadang-kadang sampai ke pagi untuk menyiapkan kerja-kerja untuk sekolah - boleh claim ke?
  • Montaj simple yang adik aku boleh dapat beribu untuk 10 saat - aku dapat apa bila buat untuk Hari Anugerah? Terima kasih daripada bos pun aku tak pernah dengar.
  • Design layout untuk segala mak nenek cover buku porgram yang kat luar boleh lepas untuk duit minyak seminggu dua - aku buat aku dapat apa?
  • Kepada cikgu-cikgu yang menggunakan komputer sendiri, susut nilai nettop, laptop dan desktop - siapa yang tanggung?
  • Bil internet untuk cari bahan P&P, cari lagu hari merdeka, cari lagu marching dan buat kerja-kerja perkeranian online di rumah - siapa bayar? (Tulis blog? Suka hati akulah, bil internet tu aku yang bayar.)
  • Penggunaan kertas untuk draf dan salinan asli minit mesyuarat, kertas soalan, kertas kerja, draf sijil dan segala bentuk dokumen yang perlu dihantar - ingat sekolah ada bagi pada cikgu ke satu rim sorang kertas - beli sendirilah.
  • Harga ink printer dan susut nilai printer - yang ini siapa pun tak ambil tahu. Kalau nak photostat personal kat sekolah punya le berkira.
  • Bateri kemera, susut nilai kemera, masa untuk edit gambar-gambar sekolah untuk laporan aktiviti-aktiviti sekolah - ada siapa-siapa ambil kisah?
  • Berapa banyak baju-baju yang rosak akibat tersangkut pada paku-paku dan segala macam benda yang ada pada meja cikgu. Tempat kerja jabatan lain mana ada masalah ini. Ada setengah jabatan tu, baju pun kerajaan bagi - yang ini saja je nak membanyakkan fakta... :)

Kenapa sudah lebih sebulan cerita hutang 30 jam ini berlalu baru aku nak mengungkit hari ini? Sebab aku marah sangat. Kita orang punya hutang 30 jam nampak, korang hutang lebih daripada 30 jam ada siapa kisah.
Aku bengang betul pergi office pagi-pagi tadi untuk report wiring di makmal yang sangat kritikal kepada yang berkenaan. Dia boleh baca surat khabar. Sudah pukul 9.00, korang punya office start pukul berapa? 12 tengah hari? Lepas tu kita orang lambat lima minit nampak jelah kat mata korang 'kan? Lepas tu kerja korang point finger pada orang lain, that's not my job. Memanglah, kerja korang baca surat khabar. Apa korang ingat aku nak betulkan wiring kat makmal tu ke? Kalau ada yang mati keras pasal terkena kejutan eletrik nanti siapa yang nak jawab. Mestilah guru penyelaras makmal 'kan? Akulah tu 'kan? Korang boleh sambung baca surat khabar. Silap-silap boleh baca cerita 'seorang penyelaras ICT mati terkena kejutan elektrik', 'kan?
Huh!

Tiada ulasan: