- Sehari sebelum cuti pertengahan penggal dua bermula, Aza bekalkan aku dengan dua buah novel. Sebab nak jaga hati kawan, aku ambil juga novel yang Aza susah-susah bawakan dari rumahnya.
- Seminggu sebelum Ramadan, hari Sabtu yang bersekolah itu, hari Sabtu yang bos hanya jeling tanpa berkata apa bila aku salin kain batik aku ke seluar jeans, hari Sabtu itu juga hati aku berkata, kalau berani - tegur, jangan jeling-jeling, hari Sabtu yang sepatutnya aku ke Kampung Gajah, Telok Intan itu, aku ke Ipoh, seorang diri. Niat asal mengutip pasir kenangan tetapi telah menghabis baki tunai dalam dompet lebih tiga ratus ringgit (termasuk penambahan hutang di kartu kredit) untuk shopping di pertengahan bulan. Gila apa? Itu sudah kira duit kecemasan dah tu. Opss melalut. Sebenarnya aku hendak cerita aku beli novel Salju Sakinah Sabtu itu. Dan aku beli novel itu kerana warnanya semata-mata. Warna birunya menarik mata dan menghentikan kaki untuk melangkah.
- Dan di sisi katil ada Mikail yang belum pun sampai separuh aku selusuri.
- La Tahzan yang sudah setahun jadi penghuni rak buku sudah siap siaga juga di sisi katil.
Dengan niat untuk mengurangkan pergantungan pada televisyen dalam mengisi waktu-waktu senggang dalam cuti Ramadhan ini, buku-buku itu jadi bekal. Baru masuk malam keempat Ramadhan, novel bekalan Aza telah kuketahui jalan ceritanya. Macam selalu, baca depan, tengah dan akhir. Sudah kutahu siapa bahagia, siapa yang derita dan siapa pula yang punya angkara. Novel Salju Sakinah pula telah kutamatkan pembacaannya kulit ke kulit.
Sepanjang tiga hari berpuasa ini aku baca setiap baris, ayat dan perkataan novel Salju Sakinah sebelum terlena sebelah malam dan pagi. Perenggan pertamanya sahaja telah menghantar rasa, novel ini berbaloi untuk ditekuni setiap helaiannya. Namun aku ini kurang sabar untuk segera mengetahui siapa heronya, Salju Sakinah aku baca dengan cara yang sama 2 novel Aza pada hari pertama novel itu aku pegang. Walaupun jalan cerita telah kutahui hujung pangkalnya, namun novel ini memang berbaloi ditekuni.
Dengan Ramadhan berbaki 26 hari, Mikail dan La Tahzan sahaja yang tinggal untuk ditilik. Opss... ada dua berkas kertas jawapan yang belum disemak dan Selasa lepas cuti ini ada lagi dua berkas yang bakal menyusul untuk disemak. La Tahzan dan Mikail nampaknya akan kekal di sisi katil untuk jangka masa yang lebih lama.
3 ulasan:
Saya dah baca Salju sakinah.. Saya suka.
Sebab sukalah yang baca kulit ke kulit tu.
thanks!
:-)
Catat Ulasan