Inspired story. tapi boleh inspired jelah... :)
Lady, stop acting like you're trying to understand our situation and just do your little babysitting up there. - Marcus, Freedom Writers.
You're gonna waste your talents on people who don't give a damn about education.- Bapa Erin (tak tau nama dia apa), Freedom writers.
Kenapa aku qoute dua ni, sebab macam terkena batang hidung je. Orang-orang give up macam aku rasa macam nilah. Rasa macam babysitter je, bukan cikgu pun. Rasa macam wasting time... and talents??
And I thought, "God, by the time "you're defending a kid in a courtroom, the battle's already lost." I think the real fighting should happen here in the classroom. - Erin Gruwell, Freedom Writers
I did what I had to do, because it was the right thing to do. That is all.
You know, we are all ordinary people. But even an ordinary secretary or a housewife or a teenager can, within their own small ways, turn on a small light in a dark room. - Miep Gies, Freedom Writers
Aku qoute yang ini sebab terasa pula sampai hati.
Sabtu, 29 Ogos 2009
Jumaat, 28 Ogos 2009
senjata seorang baby sitter
Biasalah. Cuti sekolah ini, cikgu yang bernama aku ini, yang sepatutnya sama bercuti macam cikgu-cikgu lain akan ditugaskan untuk 'menengok-nengokkan' anak-anak saudara yang sedang seronok bercuti dengan atuk dan opah.
Nak jaga anak orang kena ada senjata.
- Spray air untuk iron baju.
- Bukanlah bertujuan untuk menggosok baju anak-anak orang ini tetapi untuk memastikan waktu sahur mereka tidak terbabas. Aku tengok mak depa kejutkan tepuk-tepuk je sambil panggil-panggil manja nama-nama depa. Bila aku guna kaedah yang sama lagi merekot dalam selimut depa ni. Cara termudah semburkan saja air itu ke wajah-wajah mereka sehingga mereka berdiri. Selagi mereka tak berdiri selagi itulah semburan itu berterusan. Kejam? Demi pahala sunat sahur dan membezakan puasa mereka dengan puasa agama-agama lain, biarlah aku bertindak kejam sedikit.
- Remote Astro
- Kalau hangpa buat perangai, bergaduh, tak mau mandi, tak mau solat, remote tu hangpa tak akan jumpa sampai minggu depan... hehehe. Nasib baik cuti kali ini, anak-anak saudara aku yang bercuti dengan opah dan atuk tak ramai. Ada tiga orang saja. Jadi Remote itu tetap menten duduknya di depan TV.
Ada lagi satu, PS2. Hangpa gaduh pasal PS2 ni, esok PS2 tu terbelah dua. Aku cakap jelah. Belum sanggup buat lagi. Gila. 600 lebih tu, belum ditambah beberapa kali masuk bengkel. Lagipun PS2 tu adik aku punya. Sesedap rasa je nak belah PS2 tu.
Hah... ada lagi satu. Password pada desktop. Laptop dan nettop aku seorang je yang boleh guna. Desktop tu hangpa pakailah. Yang tu kalau rosak aku boleh betul sendiri. Laptop dan nettop ni, kalau rosak kena hantar kedai. Kalau hangpa gaduh, tak mau dengar kata, desktop tu, sure hangpa tak boleh on. No more game. Ambil buku cerita, baca.
Bila tengok-tengok balik, patutlah budak-budak ni suka lepak rumah atuk dan opah musim cuti sekolah, banyak sangat permainannya. Itu belum ditambah dengan meja snoker yang sedang di servey-servey tu. Dengan senapang paintball yang nyaris-nyaris je di bawa balik dari Giant hari tu. Fuh! Nasib baik tak beli.
Hari ini ingat nak ke pasar, nak sediakan menu terakhir seorang baby sitter. Malam ni mak bapa depa balik, tamatlah tugas sebagai baby sitter tak bergaji untuk cuti kali ini.
Rabu, 26 Ogos 2009
laratkah saya pikul
Belakangan, sebelum cuti pertengahan penggal ini bermula, kawan-kawan yang sudah hampir cukup nisab mula sibuk-sibuk tanya pasal borang DG44. Namun pekeliling terbaru menghantar rasa kecewa dalam hati-hati kami. Aku pun termasuklah sekali. Syarat-syarat yang lain lengkap dan jitu kecuali syarat pertama; berada di tangga gaji T10 pada tahun 2002. Gila apa? Kalau permulaan gaji guru-guru siswazah di tangga T07 atau T08 logiklah syarat itu dikenakan. Guru-guru siswazah berkelulusan selain akaun nampaknya boleh baca pekeliling sahajalah.
Aku yang memang cukup malas melayan borang-borang yang bukan sedikit yang perlu diisi untuk mencapai tahap DG44 selamba sahaja bersuara, "Alah, duit yang ada tak larat nak pikul" lalu menutup majalah NUTP dan kembalikan kepada tuannya, Kak Normah di sebelah. Kak Nab seperti biasa ketawa kecil sambil berkata,"Tak larat nak pikul ya, K."
Sejak daripada itu, setiap kali bercerita tentang duit, tambahan pula untuk persiapan raya dan ubahsuai rumah baru yang selalu jadi topik bualan hangat 'forum-forum-tak-rasmi-setiap-Jumaat-sementara-tunggu-jalan-raya-reda" akan bangkitlah ayat itu. "K banyak duit, duit yang ada tak larat nak pikul." Ujar Kak Nab sambil ketawa kecil bagai selalu setiap kali katalog perabot kayu jati itu jadi perbincangan.
Malas untuk mengulas dan memberi penerangan lanjut, aku jawab, "Duit syiling mana larat nak pikul."
Yang aku maksudkan sebenarnya dosa, fitnah, ujian dan soal jawab duit itu nanti yang tak larat nak dipikul. Siapalah pula yang nak pikul duit ke sana ke mari.
Hai, rindu pula hidup di Langkawi, ayat-ayat macam ini ada yang dengan mudah menangkap maksudnya.

Selasa, 25 Ogos 2009
mentelaah sangatlah tu
- Sehari sebelum cuti pertengahan penggal dua bermula, Aza bekalkan aku dengan dua buah novel. Sebab nak jaga hati kawan, aku ambil juga novel yang Aza susah-susah bawakan dari rumahnya.
- Seminggu sebelum Ramadan, hari Sabtu yang bersekolah itu, hari Sabtu yang bos hanya jeling tanpa berkata apa bila aku salin kain batik aku ke seluar jeans, hari Sabtu itu juga hati aku berkata, kalau berani - tegur, jangan jeling-jeling, hari Sabtu yang sepatutnya aku ke Kampung Gajah, Telok Intan itu, aku ke Ipoh, seorang diri. Niat asal mengutip pasir kenangan tetapi telah menghabis baki tunai dalam dompet lebih tiga ratus ringgit (termasuk penambahan hutang di kartu kredit) untuk shopping di pertengahan bulan. Gila apa? Itu sudah kira duit kecemasan dah tu. Opss melalut. Sebenarnya aku hendak cerita aku beli novel Salju Sakinah Sabtu itu. Dan aku beli novel itu kerana warnanya semata-mata. Warna birunya menarik mata dan menghentikan kaki untuk melangkah.
- Dan di sisi katil ada Mikail yang belum pun sampai separuh aku selusuri.
- La Tahzan yang sudah setahun jadi penghuni rak buku sudah siap siaga juga di sisi katil.
Dengan niat untuk mengurangkan pergantungan pada televisyen dalam mengisi waktu-waktu senggang dalam cuti Ramadhan ini, buku-buku itu jadi bekal. Baru masuk malam keempat Ramadhan, novel bekalan Aza telah kuketahui jalan ceritanya. Macam selalu, baca depan, tengah dan akhir. Sudah kutahu siapa bahagia, siapa yang derita dan siapa pula yang punya angkara. Novel Salju Sakinah pula telah kutamatkan pembacaannya kulit ke kulit.
Sepanjang tiga hari berpuasa ini aku baca setiap baris, ayat dan perkataan novel Salju Sakinah sebelum terlena sebelah malam dan pagi. Perenggan pertamanya sahaja telah menghantar rasa, novel ini berbaloi untuk ditekuni setiap helaiannya. Namun aku ini kurang sabar untuk segera mengetahui siapa heronya, Salju Sakinah aku baca dengan cara yang sama 2 novel Aza pada hari pertama novel itu aku pegang. Walaupun jalan cerita telah kutahui hujung pangkalnya, namun novel ini memang berbaloi ditekuni.
Dengan Ramadhan berbaki 26 hari, Mikail dan La Tahzan sahaja yang tinggal untuk ditilik. Opss... ada dua berkas kertas jawapan yang belum disemak dan Selasa lepas cuti ini ada lagi dua berkas yang bakal menyusul untuk disemak. La Tahzan dan Mikail nampaknya akan kekal di sisi katil untuk jangka masa yang lebih lama.
Isnin, 24 Ogos 2009
siapalah aku
Tiba-tiba rindu pada zaman bertarawih di Masjid Sultan Iskandar. Sama-sama pelajar, sama-sama tegur-menegur. Saf dirapat serapat-rapatnya. Kalau ada yang renggang ada yang segera merapatkan. Kalau ada yang terlopong ada yang segera mengisi. Berganding bahu ke bahu.
Dan hari ini, siapalah aku untuk menegur saf-saf yang renggang itu wajib dirapatkan, saf yang terlopong itu wajib disi.
Saban tahun rindu pada zaman bertarawih di Masjid Sultan Iskandar pasti mengetuk.

tangisan bonda
Pagi tadi lepas Dhuha, bonda terkenang kampungnya dan bondanya juga. Bonda menangis depan aku kenangkan kesusahan bondanya dulu. Bonda menangis depan aku kenangkan kesenangan bonda hari ini. Tangis bonda pagi ini berbaur antara rasa syukur kesenangan beliau hari ini dan rasa sedih kesusahan bondanya dulu. Bonda menangis depan aku ingatkan betapa bertuahnya beliau anak-anaknya tiada satupun yang jadi duri dalam daging. Ketika ini air mata aku sama menitis. Iya, kami bukanlah baik sangat, tapi kami tidak pula jahat. Tiada penagih, tiada pencuri, tiada juga yang tersasar cara hidupnya. Tambahan adik aku satu-satunya telah 'memiliki' myvi merah tanda pekerjaannya telah makin stabil.
Setelah beberapa ketika mengubah topik perbualan, daripada langsir raya hingga ke kesusahan besannya berpuasa, bonda sudah mula ketawa. Alhamdulillah tangis bonda tidak berpanjangan.
Setelah beberapa ketika mengubah topik perbualan, daripada langsir raya hingga ke kesusahan besannya berpuasa, bonda sudah mula ketawa. Alhamdulillah tangis bonda tidak berpanjangan.
dialog iklan membunuh
Dah macam-macam saya cuba...
Sental dengan kulit durian...
Menggonyoh dengan kertas pasir...
Menggosok muka di aspal berbahang...
Tapi semuanya tidak berkesan...
Sehinggalah saya mencuba Photoshop...
Jerawat saya hilang, malah kulit saya tambah putih dan berseri.
Kami berdua je yang tergelak. Orang lain tak faham rupanya. Cis sungguh...

Ahad, 23 Ogos 2009
Dua hari mentelaah
Kata Hasan al-Basri, tiga golongan manusia yang boleh diumpat; mereka yang menurut hawa nafsu semata-mata, yang melakukan kefasikan secara terang-terangan dan pemimpin yang zalim.
Bos aku dikira pemimpin. Kejam? Maksud kejam? Tidak adil. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ya, ya dia memang kejam, dia memang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jadi dia antara manusia yang boleh diumpat... erm suka hati aku je.
Kalaulah pahala dan dosa yang saling bertukaran tempat itu dapat dilihat dengan mata kasar, agaknya baik-baik belaka semua manusia Muslim.

Jumaat, 21 Ogos 2009
puasa
Selamat Berpuasa.
maaf zahir batin.
selamat bercuti untuk cikgu-cikgu.
selamat berPTK untuk cikgu-cikgu. selamat berjaya.
selamat semua hendaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Agaknyakan... kalaulah rahmat tu boleh nampak gugur dari langit macam daun yang gugur dari pokoknya, mesti kita rebut-rebut nak rebut...

Khamis, 13 Ogos 2009
hitam dan putih
Kalau hidup ini sekadar memilih antara hitam dan putih... belum tentu kita mudah untuk membuat pilihan... apatah lagi di antara hitam dan putih itu ada kelabu...
Selasa, 11 Ogos 2009
Tak rasa nak letak tajuk
Apa korang rasa apabila usaha yang korang buat untuk memudah hidup derang, derang buat macam ini? Gambar ini bukan nota aku, tapi rokek itu terbang masa aku mengajar. Dan kalau di tangan aku masa tu pisau, budak tu dah mati. Nasib baiklah marker pen dan seluruh kelas senyap kerana marker pen terbang itu. Dengan mood aku sekali terbang.
Untuk memastikan aku tetap menjalankan tanggungjawab aku, rancangan asal untuk menjadi sekadar pemudah cara bertukar menjadi penulis segala.
Terima kasih Tuhan mengizinkan ayat-ayat itu keluar bagai air tanpa sedikit pun tersekat alirannya di papan putih itu. Bagai satu pembaziran, lampiran kerja yang aku sediakan semalam menjadi sekadar hiasan buku karangan mereka.
Rasa macam nak tunjuk je pada bos nota si Aza yang dah jadi roket ni. Kot-kotlah dia boleh tersedar dan berterima kasih dengan usaha kami ini dan berhenti meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas kami.
Isnin, 10 Ogos 2009
hutang 30 jam
Kononnya, disebabkan cikgu-cikgu kerja paling lama sampai pukul 2.30 je (ialah tu 2.30 je), cikgu disabitkan berhutang sebanyak 30 jam sebulan jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja di bidang lain mengikut pekeliling yang mesyaratkan 40 jam seminggu untuk setiap pekerja.
Banyaklah korang punya hutang 30 jam. Meh sini nak citer siapa yang hutang siapa.
Kenapa sudah lebih sebulan cerita hutang 30 jam ini berlalu baru aku nak mengungkit hari ini? Sebab aku marah sangat. Kita orang punya hutang 30 jam nampak, korang hutang lebih daripada 30 jam ada siapa kisah.
Aku bengang betul pergi office pagi-pagi tadi untuk report wiring di makmal yang sangat kritikal kepada yang berkenaan. Dia boleh baca surat khabar. Sudah pukul 9.00, korang punya office start pukul berapa? 12 tengah hari? Lepas tu kita orang lambat lima minit nampak jelah kat mata korang 'kan? Lepas tu kerja korang point finger pada orang lain, that's not my job. Memanglah, kerja korang baca surat khabar. Apa korang ingat aku nak betulkan wiring kat makmal tu ke? Kalau ada yang mati keras pasal terkena kejutan eletrik nanti siapa yang nak jawab. Mestilah guru penyelaras makmal 'kan? Akulah tu 'kan? Korang boleh sambung baca surat khabar. Silap-silap boleh baca cerita 'seorang penyelaras ICT mati terkena kejutan elektrik', 'kan?
Huh!
Banyaklah korang punya hutang 30 jam. Meh sini nak citer siapa yang hutang siapa.
- Pengunaan elektrik di rumah kadang-kadang sampai ke pagi untuk menyiapkan kerja-kerja untuk sekolah - boleh claim ke?
- Montaj simple yang adik aku boleh dapat beribu untuk 10 saat - aku dapat apa bila buat untuk Hari Anugerah? Terima kasih daripada bos pun aku tak pernah dengar.
- Design layout untuk segala mak nenek cover buku porgram yang kat luar boleh lepas untuk duit minyak seminggu dua - aku buat aku dapat apa?
- Kepada cikgu-cikgu yang menggunakan komputer sendiri, susut nilai nettop, laptop dan desktop - siapa yang tanggung?
- Bil internet untuk cari bahan P&P, cari lagu hari merdeka, cari lagu marching dan buat kerja-kerja perkeranian online di rumah - siapa bayar? (Tulis blog? Suka hati akulah, bil internet tu aku yang bayar.)
- Penggunaan kertas untuk draf dan salinan asli minit mesyuarat, kertas soalan, kertas kerja, draf sijil dan segala bentuk dokumen yang perlu dihantar - ingat sekolah ada bagi pada cikgu ke satu rim sorang kertas - beli sendirilah.
- Harga ink printer dan susut nilai printer - yang ini siapa pun tak ambil tahu. Kalau nak photostat personal kat sekolah punya le berkira.
- Bateri kemera, susut nilai kemera, masa untuk edit gambar-gambar sekolah untuk laporan aktiviti-aktiviti sekolah - ada siapa-siapa ambil kisah?
- Berapa banyak baju-baju yang rosak akibat tersangkut pada paku-paku dan segala macam benda yang ada pada meja cikgu. Tempat kerja jabatan lain mana ada masalah ini. Ada setengah jabatan tu, baju pun kerajaan bagi - yang ini saja je nak membanyakkan fakta... :)
Kenapa sudah lebih sebulan cerita hutang 30 jam ini berlalu baru aku nak mengungkit hari ini? Sebab aku marah sangat. Kita orang punya hutang 30 jam nampak, korang hutang lebih daripada 30 jam ada siapa kisah.
Aku bengang betul pergi office pagi-pagi tadi untuk report wiring di makmal yang sangat kritikal kepada yang berkenaan. Dia boleh baca surat khabar. Sudah pukul 9.00, korang punya office start pukul berapa? 12 tengah hari? Lepas tu kita orang lambat lima minit nampak jelah kat mata korang 'kan? Lepas tu kerja korang point finger pada orang lain, that's not my job. Memanglah, kerja korang baca surat khabar. Apa korang ingat aku nak betulkan wiring kat makmal tu ke? Kalau ada yang mati keras pasal terkena kejutan eletrik nanti siapa yang nak jawab. Mestilah guru penyelaras makmal 'kan? Akulah tu 'kan? Korang boleh sambung baca surat khabar. Silap-silap boleh baca cerita 'seorang penyelaras ICT mati terkena kejutan elektrik', 'kan?
Huh!
Jumaat, 7 Ogos 2009
Ya atau tidak II
Setiap kali istikharah aku persembah, ketenangan itu pasti ada, tetapi kata putus tidak pernah menjelma, atau aku yang sebenar tidak mampu membaca petunjuk di depan mata.
Rabu, 5 Ogos 2009
kadang-kadang gila
Aku mempunyai sasaran untuk memiliki Canon 500D, walaupun nampak tidak begitu berbaloi. Dan siapa kisah tentang berbaloi bila kegilaan itu datang, seperti mana kegilaan yang tiba-tiba muncul ketika aku berhutang untuk My Scarlet; Honda Icon yang hanya aku tunggangi kurang daripada sekali seminggu...
Entah nasib baik atau nasib tak baik, kegilaan itu tidak muncul-muncul.
Entah nasib baik atau nasib tak baik, kegilaan itu tidak muncul-muncul.
Langgan:
Catatan (Atom)