Selasa, 30 Jun 2009
tak tau nak letak apa
I mean, at the end of the day,
what does strong get you?
[Army Wives season 2 episode 2]
Survive.
[Aku]
Ahad, 28 Jun 2009
putus harap
Kadang-kadang persoalan mengapa yang bergayutan di benak akan kembali memberi pilihan antara ujian dan hukuman. Dan seperti biasa-biasa aku akan memilih hukuman. Lalu aku selak satu-satu kesalahan. Entah kesalahan yang mana lalu harapan yang aku gantung tinggi terhempas ke bumi. Berkecai dan serpihannya menghiris-hiris hati yang sekeping ini. Sesak rasa nafas, ketat rasa dada dan setiap gumpalan udara yang aku sedut tidak pernah dapat melegakan.
Jumaat, 26 Jun 2009
Awan di lereng bukit
Khamis, 25 Jun 2009
Hajat
1. Tukar bos
2. Tukar bos
3. Tukar bos
Ahad, 21 Jun 2009
kembali 18
Hari Jumaat lepas perkara terakhir sebelum kembali memegang status pelajar, aku ke hospital untuk medical check up. Rasa macam kembali 18 tahun. Berpapasan dengan muka-muka junior rasa kembali junior (Hehehe perasan sekejap). Masing-masing bawa sampul
Apa aku rasa? Teruja sedikit untuk kembali menduduki dewan kuliah. Yang lain-lain, belum rasa apa-apa lagi.
Wish me luck.
Jumaat, 19 Jun 2009
kerana takdir Tuhan
Bukan sedikit masalah yang timbul selepas cuti. Pasal markah satu hal, pasal pergaduhan di Kamunting satu hal dan pasal moral beberapa orang pelajar Melayu tingkatan 3 dan 4 juga bertambah satu lagi isu yang perlu dibahaskan di forum-forum tidak rasmi. Yang paling hangat tentunya tentang prestasi pelajar dalam PPT ini. Ya, sekarang masa untuk tuding menuding. Sebelum bos tuding kami, kami tuding dia dulu dalam forum-forum kami.
Sebaik sahaja bos muncul di lorong sebelah dewan menghala ke kantin, kami ahli-ahli forum pakat-pakat angkat punggung. Tiada siapa yang sudi untuk menemani bos menjamu selera. Nasib baik baru sahaja tutup topik forum lepas jari telunjuk kami masing-masing sepakat menunjuk ke arah dia sebagai penyandar tanggungjawab.
Elok sahaja masuk ke bilik guru Cikgu Kamal dan Cikgu Azis sedang membincangkan topik yang sama. Cikgu Azis begitu bersungguh-sungguh mencari punca pelajar kami yang tidak pernah berubah tidak kira apa sahaja program yang dilaksanakan. “Salah kitakah? Salah sistemkah? Salah pelajarkah?” Kata Cikgu Azis sambil berpusing-pusing di kerusinya.
“Takdir Tuhan,” sampuk aku belum sempat Cikgu Kamal memberi ulasan.
“Hang ni K. Terjelepuk aku. Macam bagi bola tanggung,” Cikgu Azis menyeringgai.
Cikgu Kamal nampak sedikit berubah wajahnya. Tidak semena-mena mencadangkan satu lagi program yang diketuai oleh aku kepada KP BM. Marahlah tu.
“Relaxlah Cikgu Kamal. Tak ‘
Memang niat aku cuma bersenda. Dan sampai kini aku masih tersenyum sendiri teringat wajah Cikgu Kamal dan ‘bola tanggung’ Cikgu Azis, tapi jauh di sudut hati itulah apa yang aku rasa sekarang. Tuding menuding kepada Tuhan? Tidak. Siapalah aku?