Jumaat, 31 Oktober 2008

begitu rupanya


melepaskan batok di tangga



Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga batok bermaksud tempurung dalam bahasa Jawa. Dan peribahasa berkenaan memang merujuk batok yang bermaksud tempurung. Melepaskan batok di tangga yang mengambarkan kerja yang sambil lewa memang merujuk kepada perbuatan membaling atau melepaskan batok yang digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Dan batok yang mudah diperoleh hanya akan dilepaskan begitu sahaja dari anak tangga menunjukkan kerja yang dibuat sambil lewa.



2 ulasan:

hayad berkata...

aah, dayah pun br tau BATOK tu bukan BATUK sebenornya. tanya cikgu bhs melayu aritu

wasabe berkata...

tau ni pun sebab pi seminar ari tu la ni... rupanya