Jumaat, 31 Oktober 2008

begitu rupanya


melepaskan batok di tangga



Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga batok bermaksud tempurung dalam bahasa Jawa. Dan peribahasa berkenaan memang merujuk batok yang bermaksud tempurung. Melepaskan batok di tangga yang mengambarkan kerja yang sambil lewa memang merujuk kepada perbuatan membaling atau melepaskan batok yang digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Dan batok yang mudah diperoleh hanya akan dilepaskan begitu sahaja dari anak tangga menunjukkan kerja yang dibuat sambil lewa.



Jumaat, 24 Oktober 2008

Dari kedah

Perjalanan pulang dari Kedah. Ada seminar 3 hari di Grand Cristal. Seronok berjumpa dan berdiskusi dengan rakan-rakan senasib. Cerita sama yang kami kongsi bersama, bermakna kami tidak bersendirian.
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Selasa, 21 Oktober 2008

Kaki kami yang terpasak di bumi...

dan tangan kami yang terikat ke langit. Mulut kami disumbat kain... cuma mata kami yang terkebil-kebil melihat dan sesekali ada ginang hening yang tumpah...

Setelah beberapa hari pengumuman oleh Timbalan Menteri Pelajaran tentang hukuman rotan di khalayak ramai tidak akan dilaksanakan, seorang guru di Perlis membuat laporan polis apabila seorang pelajar perempuan menyepak perutnya berkali-kali. Sungguh ironi. Menurut laporan akhbar guru itu diserang kerana telah menegur (mungkin juga menghukum) pelajar itu yang tidak menyiapkan tugasannya.

Kalaulah ikut pekeliling yang baru sahaja diuar-uarkan dalam mesyuarat lembaga disiplin sekolah (aku), cikgu muda itu mungkin payah dibela. Tetapi tindakannya membuat laporan polis kejadian tersebut adalah tindakan yang tepat. Apabila perkara ini dibawa keluar daripada budi bicara sekolah, peluang guru muda itu untuk menegakkan keadilan lebih luas.

Di dalam persekitaran sekolah. guru persis pengasuh (PATI) yang dibayar gaji untuk membela anak-anak majikan. Anak majikannya mesti ditatang bagai minyak yang penuh. Jangan ada calar sedikit pun. Segala tindakan yang boleh mendatangkan kesakitan (hati dan fizikal) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Guru bukan lagi pendidik, yang niat menghukumnya untuk mendidik dan niat menegurnya juga untuk mendidik.

Bagaimana anak-anak ini hendak tahu yang mana salah dan yang mana betul kalau tidak langsung boleh ditegur? Bagaimana jati diri anak-anak ini akan tekal dan ampuh kalau tidak dicuba dan diduga?

Bagaikan musim yang berputar setiap kali hampir ke penghujung penggal persekolahan dan tamat sahaja peperiksaan PMR, pasti gejala-gejala salah laku ini jadi isu di media. Pasti selepas ini timbul pula isu anak-anak sekolah yang baru selesai PMR, ponteng dan berkeliaran di luar kawasan sekolah. Dan jari telunjuk yang satu itu pun dituding-tuding lagi, guru juga yang bakal memikul kesalahan terbanyak. Saban tahun isu-isu ini akan berulang dan berulang tanpa ada penyelesaiannya dan guru yang memang sedang memendam rasa melihat kerenah "anak-anak asuhan" mereka, bertambah tertekan dengan "majikan-majikan" mereka dan pemerhati-pemerhati yang mudah sekali menjatuhkan hukuman.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Spa blackie

Pemandangan setiap kali blackie di'spa'. Tunggu dua jam pun tak terasa sangat. Kalau tak kerana pitching perut aku ni dah ke laut, lagilah tak terasa. Agaknyalah.

Line telefon rosak, guna Flurry jelah.
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Jumaat, 17 Oktober 2008

sindrom 'kekalauan'

kalaulah aku mampu bercerita pada dunia...
kalaulah hati aku tidak sanggup lagi berahsia...
kalaulah ada yang sudi berkongsi cerita...
kalaulah akibatnya tertera di depan mata...
kalaulah ke kanan dan ke kiri arahnya tetap sama...
kalaulah aku tak perlu memilih antara tidak dan ya...
kalaulah semua di atas menjadi nyata...
Mungkinkah hidupku tenang dan sejahtera???

Inilah yang dikata kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
Yang aku takut ruyung yang aku pecahkan, sagunya masam...
Dan mungkin itulah satu-satunya ruyung yang tinggal untuk aku...

Rabu, 15 Oktober 2008

minyakku sayang lagi

Inilah orang kata terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan tanggunglah badan.

Harga minyak mentah hari ini (bukan jenis yang dijual di Malaysia. Ada banyak kategori minyak mentah ni, pergilah google sendiri) bawah USD77.70. Kalau minyak yang kita guna selalu tu lagilah murah agaknya. Walaupun minyak petroleum sudah diturunkan lagi 10 sen hingga 20 sen, kenaikan paling tinggi lepas PRU12 hari itu memberi impak yang besar terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Mengikut perkiraan aku yang dapat C je ekonomi ini, walaupun harga minyak kembali mencecah RM 1.92, harga barangan dan perkhidamatan tidak akan seperti dulu. Akan diberi berbagai-bagai alasan untuk menghalalkan tindakan sang pemegang ekonomi ini untuk terus mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan pada tahap sekarang.

Lagipun depa 'kan kena cover, pendapatan dari minyak makin kurang sebab rega minyak makin murah, kena le cari sumber lain. Kalau tak macam mana nak bayo bonus kita hujung tahun ni... kan kan kan.


Itulah pasal, orang lain yang terlajak perbuatan, badan kita yang kena tanggung beban...

Selasa, 14 Oktober 2008

tadak syedaplah itu nama

Datuk Shahrukh Khan?

Tak sedap kan nama ni. Macam ada yang tak kena je. Datuk Samy Vellu pun masih kategori boleh dengar. Datuk Shahrukh Khan... ishhh seangkatan dengan Ahmad Pintu je ... tadak syedap la itu nama...

Isnin, 13 Oktober 2008

format

Belum pun setahun PC ini aku bina (serius... aku pasang sendiri pc yang hitam biru ini) terpaksa 'dicuci' isi kazanah perutnya. Gara-gara 'games tumble bugs' yang tiba-tiba jadi kegilaan penghuni tetap dan sementara rumah ini. Entah apa yang tak kena 'explorer.exe'nya (desktop) 'flash' setiap lima saat. Mengikut perkiraan aku yang tak berapa pandai ini, ada yang tak kena dengan direct x dan mempergaruhi driver VGAnya. Setelah dua minggu aku tangguhkan proses pembersihan pc ini (gara-gara file movie di partion C yang tak muat untuk di bawa ke partion D) akhirnya proses pembersihan selesai juga (setelah habis stok DVD aku kerjakan). Hajat hati ingin sekali memiskinkan diri mun seratus dua untuk membeli baraccuda 500GB (alang-alang 1TB terus). Nasib baiklah rasa malas untuk melencong ke Ipoh gara-gara blackie yang belum sempat di'spa'kan. Tak minggu ini, mungkin mingggu depan baraccuda itu akan aku sambar juga.

Aku paling malas untuk bermula semula. Proses adaptasi 'suasana' PC yang baru ini cukup merimaskan. Setiap kali ada program yang terkurang, terpaksa menggelintar seluruh hardisk desktop dan laptop untuk mencari installernya. (Malasnya... mana aku letak acrobat pro ni)

Windows XP Vortex ni ok gak. Ala-ala Vista. Adik aku selalu suruh aku guna Vista, sama alasan macam tadi, aku malas untuk melalui proses adaptasi dengan 'suasana baru'.