Khamis, 4 Disember 2008

hai la



Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Reff:
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Hapus aku : nidji

Isnin, 17 November 2008

disiplin sifar

Disiplin sifar bermaksud tiada disiplin.

Takkan nak buat program tiada disiplin kot tahun depan. Tapi fikir-fikir balik, sesuai sangat nama program tu kalau pendekatan dan pelaksanaan masih seperti tahun ini. Sesuai sangat...

Ahad, 16 November 2008

'masih memilih'

"We all make different choices, and different things. I think eventually we learn to define happiness for ourselves on our own terms, in spite of the pain other people have caused us." - haley james scott (one tree hill s6e10)


Sabtu, 8 November 2008

dugaan

Kak Fizah, kakak yang 'melemparkan pelampung kala aku hampir kelemasan dulu' diduga Allah. Anak yang dikandung 9 bulan kembali dijemputNya, belum pun sempat 24 jam wajah comel itu ditatap.

Akak, sekiranya akak terbaca, sesungguhnya Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ada hikmah dengan ketentuan Allah ini, ada syafaat yang dijanjikah di sana. InsyaAllah. Akak antara orang-orang yang terpilih untuk diduga dan menerima hikmah di sebalik dugaan ini.
 


Vido menarik yang ingin dikongsi bersama. Tengoklah tak rugi : http://www.watchislam.com/videos/video.php?vid=3

Jumaat, 7 November 2008

ptk dan kemenyan

"Saya ambil sekotak pensel 2B dan perasap kemenyan sebelum saya pergi periksa PTK," jawab aku setiap kali 'kengkawan' bertanyakan petua dan cara aku belajar setelah dua kali  PTK aku dapat IV untuk kedua-dua kertas.

Syukur. Alhamdulillah. Allah kurniakan kemudahan untuk aku.


Tak. Aku tak pernah beli kemenyan pun dan tak pernah perasap apa-apa pun. Jangan percaya cakap aku.

Rabu, 5 November 2008

tawaran

Sekali lagi tawaran daripada (Tuan Haji) Cikgu Raja datang untuk menjadi salah seorang 'anak buah' dalam kumpulannya (ops... maklumat ini sulit). Sudah dua tahun juga beliau menawarkan peluang untuk aku menambah ilmu dan kemahiran sebagai guru. Kali ini kali keempat orang bertanyakan perkara yang sama kepada aku. Dan entah kenapa setiap kali tawaran itu terbuka setiap kali itulah hati aku berat untuk memikul tanggungjawab ini. Aku rasa macam berat sangat tugas dan tanggungjawab tersebut. Tambahan kertas bahasa Melayu, wajib lulus untuk melayakkan pelajar ini memperoleh sijil. Aku rasa takut sekiranya ada di antara kertas-kertas itu yang 'tersilap' penilaiannya, boleh menyebabkan pelajar tersebut hilang peluang untuk memiliki sijil terbuka SPM. Aku juga takut aku tidak cekap menguruskan masa dan menyebabkan 'tarikh mati' tugasan ini aku langkaui sesuka hati.

Ish... dalam hidup ini tak habis-habis kena memilih... Nak ke tak nak... nak ke tak nak... kena cabut kelopak bunga ke pulak...

Jumaat, 31 Oktober 2008

begitu rupanya


melepaskan batok di tangga



Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga batok bermaksud tempurung dalam bahasa Jawa. Dan peribahasa berkenaan memang merujuk batok yang bermaksud tempurung. Melepaskan batok di tangga yang mengambarkan kerja yang sambil lewa memang merujuk kepada perbuatan membaling atau melepaskan batok yang digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Dan batok yang mudah diperoleh hanya akan dilepaskan begitu sahaja dari anak tangga menunjukkan kerja yang dibuat sambil lewa.



Jumaat, 24 Oktober 2008

Dari kedah

Perjalanan pulang dari Kedah. Ada seminar 3 hari di Grand Cristal. Seronok berjumpa dan berdiskusi dengan rakan-rakan senasib. Cerita sama yang kami kongsi bersama, bermakna kami tidak bersendirian.
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Selasa, 21 Oktober 2008

Kaki kami yang terpasak di bumi...

dan tangan kami yang terikat ke langit. Mulut kami disumbat kain... cuma mata kami yang terkebil-kebil melihat dan sesekali ada ginang hening yang tumpah...

Setelah beberapa hari pengumuman oleh Timbalan Menteri Pelajaran tentang hukuman rotan di khalayak ramai tidak akan dilaksanakan, seorang guru di Perlis membuat laporan polis apabila seorang pelajar perempuan menyepak perutnya berkali-kali. Sungguh ironi. Menurut laporan akhbar guru itu diserang kerana telah menegur (mungkin juga menghukum) pelajar itu yang tidak menyiapkan tugasannya.

Kalaulah ikut pekeliling yang baru sahaja diuar-uarkan dalam mesyuarat lembaga disiplin sekolah (aku), cikgu muda itu mungkin payah dibela. Tetapi tindakannya membuat laporan polis kejadian tersebut adalah tindakan yang tepat. Apabila perkara ini dibawa keluar daripada budi bicara sekolah, peluang guru muda itu untuk menegakkan keadilan lebih luas.

Di dalam persekitaran sekolah. guru persis pengasuh (PATI) yang dibayar gaji untuk membela anak-anak majikan. Anak majikannya mesti ditatang bagai minyak yang penuh. Jangan ada calar sedikit pun. Segala tindakan yang boleh mendatangkan kesakitan (hati dan fizikal) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Guru bukan lagi pendidik, yang niat menghukumnya untuk mendidik dan niat menegurnya juga untuk mendidik.

Bagaimana anak-anak ini hendak tahu yang mana salah dan yang mana betul kalau tidak langsung boleh ditegur? Bagaimana jati diri anak-anak ini akan tekal dan ampuh kalau tidak dicuba dan diduga?

Bagaikan musim yang berputar setiap kali hampir ke penghujung penggal persekolahan dan tamat sahaja peperiksaan PMR, pasti gejala-gejala salah laku ini jadi isu di media. Pasti selepas ini timbul pula isu anak-anak sekolah yang baru selesai PMR, ponteng dan berkeliaran di luar kawasan sekolah. Dan jari telunjuk yang satu itu pun dituding-tuding lagi, guru juga yang bakal memikul kesalahan terbanyak. Saban tahun isu-isu ini akan berulang dan berulang tanpa ada penyelesaiannya dan guru yang memang sedang memendam rasa melihat kerenah "anak-anak asuhan" mereka, bertambah tertekan dengan "majikan-majikan" mereka dan pemerhati-pemerhati yang mudah sekali menjatuhkan hukuman.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Spa blackie

Pemandangan setiap kali blackie di'spa'. Tunggu dua jam pun tak terasa sangat. Kalau tak kerana pitching perut aku ni dah ke laut, lagilah tak terasa. Agaknyalah.

Line telefon rosak, guna Flurry jelah.
_____________________________
Sent from my phone using Flurrymail - Get free mobile email and news at: http://www.flurrymail.com

Jumaat, 17 Oktober 2008

sindrom 'kekalauan'

kalaulah aku mampu bercerita pada dunia...
kalaulah hati aku tidak sanggup lagi berahsia...
kalaulah ada yang sudi berkongsi cerita...
kalaulah akibatnya tertera di depan mata...
kalaulah ke kanan dan ke kiri arahnya tetap sama...
kalaulah aku tak perlu memilih antara tidak dan ya...
kalaulah semua di atas menjadi nyata...
Mungkinkah hidupku tenang dan sejahtera???

Inilah yang dikata kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
Yang aku takut ruyung yang aku pecahkan, sagunya masam...
Dan mungkin itulah satu-satunya ruyung yang tinggal untuk aku...

Rabu, 15 Oktober 2008

minyakku sayang lagi

Inilah orang kata terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan tanggunglah badan.

Harga minyak mentah hari ini (bukan jenis yang dijual di Malaysia. Ada banyak kategori minyak mentah ni, pergilah google sendiri) bawah USD77.70. Kalau minyak yang kita guna selalu tu lagilah murah agaknya. Walaupun minyak petroleum sudah diturunkan lagi 10 sen hingga 20 sen, kenaikan paling tinggi lepas PRU12 hari itu memberi impak yang besar terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Mengikut perkiraan aku yang dapat C je ekonomi ini, walaupun harga minyak kembali mencecah RM 1.92, harga barangan dan perkhidamatan tidak akan seperti dulu. Akan diberi berbagai-bagai alasan untuk menghalalkan tindakan sang pemegang ekonomi ini untuk terus mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan pada tahap sekarang.

Lagipun depa 'kan kena cover, pendapatan dari minyak makin kurang sebab rega minyak makin murah, kena le cari sumber lain. Kalau tak macam mana nak bayo bonus kita hujung tahun ni... kan kan kan.


Itulah pasal, orang lain yang terlajak perbuatan, badan kita yang kena tanggung beban...

Selasa, 14 Oktober 2008

tadak syedaplah itu nama

Datuk Shahrukh Khan?

Tak sedap kan nama ni. Macam ada yang tak kena je. Datuk Samy Vellu pun masih kategori boleh dengar. Datuk Shahrukh Khan... ishhh seangkatan dengan Ahmad Pintu je ... tadak syedap la itu nama...

Isnin, 13 Oktober 2008

format

Belum pun setahun PC ini aku bina (serius... aku pasang sendiri pc yang hitam biru ini) terpaksa 'dicuci' isi kazanah perutnya. Gara-gara 'games tumble bugs' yang tiba-tiba jadi kegilaan penghuni tetap dan sementara rumah ini. Entah apa yang tak kena 'explorer.exe'nya (desktop) 'flash' setiap lima saat. Mengikut perkiraan aku yang tak berapa pandai ini, ada yang tak kena dengan direct x dan mempergaruhi driver VGAnya. Setelah dua minggu aku tangguhkan proses pembersihan pc ini (gara-gara file movie di partion C yang tak muat untuk di bawa ke partion D) akhirnya proses pembersihan selesai juga (setelah habis stok DVD aku kerjakan). Hajat hati ingin sekali memiskinkan diri mun seratus dua untuk membeli baraccuda 500GB (alang-alang 1TB terus). Nasib baiklah rasa malas untuk melencong ke Ipoh gara-gara blackie yang belum sempat di'spa'kan. Tak minggu ini, mungkin mingggu depan baraccuda itu akan aku sambar juga.

Aku paling malas untuk bermula semula. Proses adaptasi 'suasana' PC yang baru ini cukup merimaskan. Setiap kali ada program yang terkurang, terpaksa menggelintar seluruh hardisk desktop dan laptop untuk mencari installernya. (Malasnya... mana aku letak acrobat pro ni)

Windows XP Vortex ni ok gak. Ala-ala Vista. Adik aku selalu suruh aku guna Vista, sama alasan macam tadi, aku malas untuk melalui proses adaptasi dengan 'suasana baru'.

Jumaat, 26 September 2008

Aidilfitri II

Ceq pun dealer gak.
Mai, mai, mai. Kepek pisang, kepek pisang. Lima hinggit, lima hinggit.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Khamis, 25 September 2008

Aidilfitri I

Proses deliver order sedang giat dijalankan oleh pembekal-pembekal.

Dun wuri, KPM dah bagi grin lait, sait inkam le ni kan.

Rebut cikgu jangan tak rebut. Peluang tak datang selalu. Tahun ni sekali ni je.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Khamis, 18 September 2008

Buat bodoh dan buat lagi

Manusia @>¬&%*¿= itu cukup menyakitkan hati sehingga terlintas untuk aku doakan maut untuk manusia itu. Sebab manusia itu aku carutkan, tidak dapat aku coretkan dalam bahasa yang indah. Untuk menyelamatkan sisa-sisa pahala puasa yang entah banyak mana tinggalnya, cukuplah @>¬&%*¿=. (Tapi tak lepas le pulak geram ni... Ghrrraaammm

Rabu, 17 September 2008

peluang

Hari Ahad lalu (14 September 2008) aku terima SMS pertama daripada Kak Fishah yang mengkhabarkan berita mengejutkan. Disusuli daripada Kak Nab yang menyampaikan berita serupa. Dan petang itu Aminbakish telefon dengan cerita yang sama. Rakan sekerja Tuan Haji Abdul Rahman kembali ke Rahmatullah. Kelibatnya masih ternampak-nampak. Hari Jumaat, dua hari sebelum itu dia masih sihat dan masih sempat bergurau. Hari Isnin, yang terkujur hanyalah jasadnya. Hampir sunyi bilik guru, rakan-rakan sekerja bergilir-gilir menziarahi jenazah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Sebagai bendahari Kelab Staf seperti biasa menjadi tanggungjawab aku untuk menghulurkan sampul kepada rakan-rakan sekerja yang ingin mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mubarak ini untuk mengumpul pahala menghulurkan sumbangan untuk isteri dan anak-anaknya yang telah yatim itu.

Dalam perjalanan pulang semalam, aku terfikir tentang peluang. Peluang yang Allah bentangkan untuk kami menambah pahala di bulan mulia ini, kerana untuk kami (atau mungkin hanya aku) sengaja ke rumah anak-anak yatim dan menghulurkan seringgit dua itu mungkin tidak berlaku. (Ada suara halus yang berbisik, salahkah menganggap musibah orang lain sebagai peluang untuk kita dalam keadaan ini.)

Dalam perjalanan dan kereta yang sama, satu-satu peristiwa dan rasa datang bertandang dan 'menyampaikan hujah-hujah'. Betapa petugas-petugas yang datang ke sekolah dengan niat mengutip derma itu juga peluang yang Allah bentangkan. Betapa anak-anak sekolah yang menjual kalendar, ubat-ubat dan apa sahaja bentuk barangan dengan niat derma juga peluang yang Allah bentangkan. Betapa silapnya apabila mempertikaikan ke mana wang derma itu akan tersalur. Betapa silapnya apabila peluang yang Allah bentangkan itu tidak pula direbut.

(Dan rasa kesedaran yang hadir hanya seketika singgahnya.)

minyakku sayang

1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.44
harga minyak semasa = USD92.91 setong

USD93 x 3.44 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.01
= RM2.01 – RM0.30 (Subsidi)
= RM1.71 (agaknya ini harga minyak semasa sepatutnya... )

RM 2.55 (harga semasa) - RM 2.01 (tanpa subsidi)
= o.54 (subsidi... kita bayar untuk seliter minyak. Ke jumlah yang kita tanggung untuk proses minyak mentah jadi petrol ron-ron tu???)

Siapa subsidi siapa sekarang ni. Takpelah yer, depa dah banyak bagi kita subsidi, kali ini kita lak yang kena bagi balik subsidi kat depa... grrrrrrrrrammmmmmmmmmmm

Rabu, 20 Ogos 2008

Pulau banding

On the way balik kami singgah di pulau banding, tempat percutian kami yang seterusnya, mungkin.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Selasa, 19 Ogos 2008

Nampak tak

Gambar ni gambar ikan dalam laut. Tak pasti nampak ke tak.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Pening

Semantara tunggu penumpang-penumpang lain, aku pening nak muntah dalam ni. Sabar le.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Mozana resort

Tempat kami menginap dari juah. Nampak macam rumah mainan je.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Laut

Dalam perjalanan pulang. Atas bot transit.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Isnin, 18 Ogos 2008

Cheese burger sungguh

Flurry ni, bila viewnya cantik-cantik mesti buat hal. Bila viewnya tangkap muat, boleh le pulak attachmentnya. Cis burger sungguh.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Ahad, 17 Ogos 2008

Tempat tinggal

Tempat bermalam untuk 2 malam. Minta-mintalah semuanya berjalan lancar.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Belum lagi

Orang lain berpusu untuk keluar dari feri. Kami belum lagi. Destinasi kami akhir sekali, jadi tak payah nak berebut-rebut.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Tengah laut

Dalam feri menuju Redang. Best juga kena angin laut ni.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Tengah laut

Dalam feri menuju Redang. Best juga kena angin laut ni.
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Sabtu, 16 Ogos 2008

On the way ke redang. Ingat nak ambil view gunung, tapi flurry buat hal pulak
_____________________________
Sent from my phone using flurry - Get free mobile email and news at: http://www.flurry.com

Selasa, 12 Ogos 2008

degil

  1. Orang lama-lama kata, anak kecil yang tidur dengan mata terbuka tandanya degil.
  2. Orang tak berapa lama kat sekolah aku kata, siapa-siapa yang dilahirkan tengah hari degil.
  3. Orang yang tidak berapa lama yang sama kat sekolah aku kata, siapa-siapa yang berbintang libra degil.
Nombor 2 dan 3 adalah ciri-ciri yang ada pada aku. Yang nombor 1 tu aku tak pasti, sebab sedang jaga pun aku tak boleh tengok mata aku sendiri inikan pula sedang tidur... tapi serius aku tak degil... aku dengar kata (ikut je yang belum tentu).

Isnin, 11 Ogos 2008