Sekali lagi tawaran daripada (Tuan Haji) Cikgu Raja datang untuk menjadi salah seorang 'anak buah' dalam kumpulannya (ops... maklumat ini sulit). Sudah dua tahun juga beliau menawarkan peluang untuk aku menambah ilmu dan kemahiran sebagai guru. Kali ini kali keempat orang bertanyakan perkara yang sama kepada aku. Dan entah kenapa setiap kali tawaran itu terbuka setiap kali itulah hati aku berat untuk memikul tanggungjawab ini. Aku rasa macam berat sangat tugas dan tanggungjawab tersebut. Tambahan kertas bahasa Melayu, wajib lulus untuk melayakkan pelajar ini memperoleh sijil. Aku rasa takut sekiranya ada di antara kertas-kertas itu yang 'tersilap' penilaiannya, boleh menyebabkan pelajar tersebut hilang peluang untuk memiliki sijil terbuka SPM. Aku juga takut aku tidak cekap menguruskan masa dan menyebabkan 'tarikh mati' tugasan ini aku langkaui sesuka hati.
Ish... dalam hidup ini tak habis-habis kena memilih... Nak ke tak nak... nak ke tak nak... kena cabut kelopak bunga ke pulak...